Live-well Ostesamin Plus Chondroitin

Sale!

Live-well Ostesamin Plus Chondroitin

From: RM42.00 onwards From: RM31.50 onwards

SKU: Ostesamin Plus Chondroitin Category:

FORMULA SENDI 2-DALAM-1 YANG DIPERCAYAI DENGAN GLUKOSAMIN + KONDROITIN YANG TELAH DIUJI SECARA KLINIKAL DAN TERBUKTI UNTUK MELEGAKAN SAKIT SENDI, MENGURANGKAN KEKAKUAN, MENGEKALKAN FLEKSIBILITI & MENGGALAKKAN SENDI YANG KUAT DAN SIHAT PADA ORANG YANG MENGHIDAP OSTEOARTRITIS.

MAL 07091060X

  • Penerangan
  • Spesifikasi
  • Soalan Lazim

FORMULA SENDI 2-DALAM-1 YANG DIPERCAYAI DENGAN GLUKOSAMIN + KONDROITIN YANG TELAH DIUJI SECARA KLINIKAL DAN TERBUKTI UNTUK MELEGAKAN SAKIT SENDI, MENGURANGKAN KEKAKUAN, MENGEKALKAN FLEKSIBILITI & MENGGALAKKAN SENDI YANG KUAT DAN SIHAT PADA ORANG YANG MENGHIDAP OSTEOARTRITIS.

Live-well Ostesamin Plus Chondroitin mengandungi nutrien kesihatan sendi, Glukosamin dan Kondroitin – yang merupakan sebatian yang didapati secara semula jadi dalam tubuh kita. Namun, pengeluarannya berkurangan seiring bertambahnya usia.

Sebatian semula jadi yang terdapat di rawan, Glukosamin bertindak sebagai blok bangunan bagi pelbagai molekul yang berfungsi dalam badan kita tetapi lebih dikenali untuk mengembangkan dan menjaga rawan yang sihat di dalam sendi. Seperti Glukosamin, Kondroitin adalah sebatian semula jadi pada rawan. Ia berperanan dalam pelinciran dan memberi nutrisi pada sendi.

Bekalan Glukosamine dan Kondroitinyang tidak mencukupi akan menyekat kecekapan pembinaan semula rawan dan boleh melambatkan pembaikan rawan dan tisu sambungan yang lain.

Osteoartritis adalah keadaan kronik yang dicirikan oleh kerosakan tulang rawan sendi. Rawan adalah bahagian sendi yang melindungi hujung tulang dan membantu mengelakkan geseran antara sendi – memungkinkan pergerakan sendi yang mudah dan lancar. Seiring bertambahnya usia, kesan ‘haus dan lusuh’ dalam kehidupan seharian kita boleh menyebabkan perubahan degeneratif pada rawan yang seterusnya menjadikannya lebih rentan terhadap kerosakan.

Orang yang menderita osteoartritis akan berada dalam keadaan di mana pertumbuhan semula tulang rawan sendi mereka tidak dapat menyaingi kadar kesan ‘haus dan lusuh’. Apabila tulang rawan sendi benar-benar menjadi haus, tulang bergesel dengan tulang sehingga menyebabkan simptom osteoartritis seperti sakit sendi, kekakuan, keradangan dan pembengkakan di sekitar sendi.

 

 

 

Dengan Live-well OsteSAMIN Plus Chondroitin, warga tua kini dapat melegakan sakit sendi untuk menikmati aktiviti kegemaran mereka – melancong, bersenam, bermain dengan kanak-kanak, makan di luar, membeli-belah dan lain-lain.

* Pengesahan hasil penyelidikan pasaran untuk Live-Well Ostesamin + Chondroitin, 27 Jun hingga 10 Julai 2013.

AMBIL LIVE-WELL OSTESAMIN PLUS CHONDROITIN BERSAMA DENGAN LIVE-WELL OSTEMSM SETIAP HARI SEBAGAI TERAPI TAMBAHAN UNTUK OSTEOARTRITIS UNTUK MENGURANGKAN SAKIT SENDI UNTUK MOBILITI DAN FLEKSIBILITI YANG BAIK.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Live-well Ostesamin Plus Chondroitin, sila lawati  www.ostesamin.com.

 

 

 

 

 

 

Ini adalah iklan produk ubat. KKLIU 1459/2021 (TTT: 31 Disember 2023)

Siapa yang akan mendapat faedah:

Mereka yang menderita dari osteoartritis (terutamanya lutut) dan sakit sendi.

 

Penggunaan:
  • Melegakan sakit sendi
  • Terapi tambahan untuk osteoartritis
  • Mengurangkan kekakuan
  • Mengekalkan fleksibiliti dan mobiliti
  • Mengurangkan keradangan
  • Melincirkan sendi
  • Menggalakkan sendi yang sihat

 

Saiz Pek
  • 100 Kapsul Sayuran
  • 30 Kapsul Sayuran

 

Cara pengambilan:

Untuk Osteoartritis sederhana hingga serius:
2 kapsul dua kali sehari, 15 minit sebelum makan

Untuk penjagaan susulan:
1 kapsul dua kali sehari, 15 minit sebelum makan

 

 Formulasi
Bahan Aktif Setiap Kapsul Kekuatan
Glukosamin Sulfat Kalium Klorida (Bebas natrium) 375 mg
Kondroitin Sulphate Sodium 200 mg
Disarankan untuk diambil bersama
Live-well Ostesamin plus Chondroitin Live-well OsteMSM 500

Setiap kapsul mengandungi:

  • Glukosamin 375 mg
  • Kondroitin 200 mg

Setiap tablet mengandungi:

  • MSM 500 mg

Osteoartritis sederhana hingga serius:

  • 2 kapsul dua kali sehari

Untuk penjagaan susulan:

  • 1 kapsul dua kali sehari
1-2 tablet dua kali sehari
  • Serbaguna, formula dos yang fleksibel membolehkan anda menyesuaikan sukatan dos mengikut keterukan Osteoartritis
  • Menolong mencegah kemaraan osteoarthritis
  • Juga sesuai untuk penjagaan kesihatan sendi

Ostesamin Plus Chondroitin featured

 

S1. Bolehkah saya mengambil Live-well Ostesamin Plus Chondroitin jika saya mengalami sakit sendi selama bertahun-tahun?

Simptom osteoartritis lutut biasanya berlaku secara beransur-ansur. Ini kerana rawan memerlukan masa untuk haus dan mengubah cara sendi anda berfungsi.
Live-well Ostesamin Plus Chondroitin mengandungi Glukosamin dan Kondroitin yang merupakan komponen semula jadi tisu sendi yang sihat. Mereka berfungsi dengan mengurangkan kekakuan dan melegakan sakit sendi.

Selain dari itu, Glukosamin dan Kondroitin tambahan juga membantu melambatkan perkembangan osteoartritis.

 

S2. Bagaimana saya boleh mengambil kapsul Live-well Ostesamin Plus Chondroitin?

Mulakan dengan 2 kapsul dua kali sehari untuk kes osteoartritis sederhana hingga serius. Sebaiknya diambil sekurang-kurangnya 15 minit sebelum anda makan.

 

S3. Berapa lama saya perlu mengambil Live-well Ostesamin Plus Chondroitin?

Setelah kesakitan anda mulai reda, anda mungkin boleh mula menurunkan dos Live-well Ostesamin Plus Chondroitin anda secara beransur-ansur kepada dos penjagaan susulan. Sekiranya kesakitan anda kembali, anda boleh meningkatkan dos anda ke dos maksimum.
Dos Penjagaan susulan: 1 kapsul dua kali sehari (15 minit sebelum makan).

 

 S4. Adakah Live-well Ostesamin Plus Chondroitin sesuai untuk mereka yang mempunyai batasan diet untuk daging lembu (sapi)?

Ya, kerana Live-well Ostesamin Plus Chondroitin mengandungi Glukosamin dan Kondroitin yang berasal dari sumber makanan laut.

 

S5. Adakah ia sesuai untuk vegetarian?

Live-well Ostesamin Plus Chondroitin mungkin tidak sesuai untuk vegetarian kerana ramuan Glukosamin dan Kondroitin berasal dari makanan laut. Walau bagaimanapun, bagi vegetarian yang mengalami sakit sendi, mereka boleh mempertimbangkan untuk menggunakan Live-well OsteMSM 500 kerana produk ini bermanfaat untuk kesihatan sendi dan tidak mengandungi derivatif haiwan.

 

S6. Apakah kesan sampingan yang biasa dilaporkan?

Bahan-bahan Glukosamin dan Kondroitin berasal dari makanan laut, oleh itu individu yang alergi terhadap makanan laut tidak digalakkan mengambil produk tersebut. Kesan sampingan seperti ruam pada kulit, kemerahan dan kegatalan telah dilaporkan pada individu yang mengalami alergi makanan laut.