|
VITAMIN D BUKAN HANYA UNTUK KUATKAN TULANG, TETAPI JUGA PENTING UNTUK PELBAGAI FUNGSI TUBUH DAN SISTEM IMUN. |

Penyelidik terdahulu percaya bahawa reseptor vitamin D hanya wujud pada kawasan tertentu dalam tubuh, termasuk tulang, usus dan buah pinggang. bones, intestines and kidney.
Tidak ramai yang mengetahui pada ketika itu bahawa reseptor vitamin D sebenarnya terdapat di seluruh tubuh manusia. Oleh itu, dapat kita simpulkan bahawa vitamin D memberi manfaat kepada keseluruhan tubuh; daripada menguatkan sistem imun hinggalah mengawal pertumbuhan sel.
Terdapat lebih daripada 30,000 gen dalam tubuh, dan vitamin D mengawal lebih daripada 3,000 daripadanya. Hakikatnya setiap tisu dalam badan — termasuk otak, jantung, payudara, otot dan sistem imun — mempunyai reseptor untuk vitamin D, jadi tubuh memerlukan vitamin D pada tahap optimum supaya semuanya berfungsi dengan baik.
Influenza dan vitamin D
Beberapa kajian telah mengaitkan paras vitamin D dalam tubuh dengan risiko mengalami influenza. Mereka yang mempunyai paras vitamin D yang rendah mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat influenza.
Terdapat reseptor vitamin D pada sel-sel dalam sistem imun. itamin D berfungsi dalam sistem imun dengan mengurangkan tahap protein keradangan yang dipanggil sitokin, serta meningkatkan jumlah protein antimikrob, yang merupakan antibiotik semula jadi yang memusnahkan bakteria dan virus yang menyerang.
|
Gabungan pengurangan keradangan dan peningkatan pertahanan antimikrob ini boleh membantu sistem imun seseorang melawan jangkitan dengan lebih berkesan. |
Tindakan ini juga mengurangkan risiko pneumonia, yang merupakan komplikasi utama influenza.
Penyelidik dari Jepun melaporkan bahawa pengambilan suplemen vitamin D3 setiap hari dapat mengurangkan risiko influenza A lebih daripada 40%.
Satu kajian lain mendapati bahawa individu yang mengekalkan paras vitamin D normal atau optimum jarang mengalami jangkitan virus, termasuk influenza, dan tempoh sakit yang lebih singkat berbanding peserta dengan tahap vitamin D yang rendah (PloSONE, 14 Jun 2010).
Kesedaran tentang peranan penting vitamin D dalam kesihatan menyeluruh menimbulkan persoalan berikut – dari mana dan bagaimana vitamin D diperoleh?
Sumber Vitamin D3
|
Tubuh menghasilkan vitamin D3 apabila terdedah kepada sinaran UV dari cahaya matahari. Jumlah vitamin D3 yang dihasilkan apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari bergantung kepada pelbagai faktor, seperti umur dan warna kulit, luas permukaan kulit yang terdedah, waktu pendedahan, dan kawasan tempat tinggal. |
Bahkan, kehadiran awan atau jerebu turut mempengaruhi penghasilan vitamin D3.
Krim pelindung matahari turut menyekat sebahagian sinaran UV, seterusnya menurunkan keupayaan kulit untuk menghasilkan vitamin D3. Krim pelindung matahari dengan SPF-8 boleh mengurangkan penghasilan vitamin D3 sebanyak 90%, manakala SPF-30 pula boleh mengurangkan sehingga 99%.
Jadi, walaupun tinggal di Malaysia yang panas dan cerah, tidak semestinya kita memperoleh vitamin D dalam jumlah yang mencukupi.
Menurut Vitamin D Council yang berpangkalan di Amerika Syarikat, sebuah organisasi bukan kerajaan yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat tepat mengenai vitamin D, dianggarkan bahawa satu pertiga hingga separuh daripada populasi dunia mengalami kekurangan vitamin D.
Ramai pekerja pejabat — seperti profesional, pengurus dan kakitangan pentadbiran — menghadapi masalah ini kerana mereka berada di pejabat sepanjang hari.
|
Kebanyakan orang beranggapan bahawa mereka boleh mendapatkan cukup vitamin D daripada diet mereka, tetapi menurut seorang profesor terkenal dalam bidang perubatan, fisiologi dan biofisik di Boston University Medical Center, AS, Dr Michael F. Holick, hampir mustahil untuk mendapat vitamin D yang cukup hanya melalui diet. |
Beliau menyatakan bahawa lebih banyak makanan dan minuman yang diperkaya vitamin kemungkinan akan muncul di pasaran untuk menampung kekurangan tersebut.
|
Hanya beberapa makanan secara semula jadi kaya dengan vitamin D, jadi sumber utama vitamin D dalam diet adalah makanan yang diperkaya. Antara sumber yang baik termasuk susu dan bijirin yang diperkaya. |
Sumber semula jadi vitamin D termasuk ikan berlemak seperti ikan kembung, dengan jumlah yang lebih kecil terdapat dalam kuning telur dan sesetengah jenis cendawan.
Memandangkan sukar untuk mendapatkan tahap vitamin D yang mencukupi melalui makanan atau pendedahan kepada cahaya matahari, kebanyakan pakar pemakanan mengesyorkan pengambilan suplemen vitamin D3.

Terdapat dua bentuk vitamin D yang digunakan dalam suplemen. Apabila memilih suplemen vitamin D, adalah lebih baik memilih suplemen yang diperbuat daripada vitamin D3 semula jadi (kolekalsiferol) berbanding D2 (ergokalsiferol), yang dihasilkan daripada kulat (yis atau cendawan) apabila terdedah kepada cahaya UV
Bukti menunjukkan bahawa tubuh lebih mengutamakan D3 berbanding D2, dengan pelbagai kajian menegaskan bahawa tubuh lebih mudah menggunakan D3 apabila kedua-duanya terdapat dalam badan.
Perlu diberi perhatian bahawa, tidak kira bentuk vitamin D yang diambil, tubuh tetap perlu menukarnya ke bentuk aktif dan vitamin D3 ditukar lima kali lebih pantas berbanding vitamin D2.
Berapa banyak yang diperlukan
Pada tahun 2010, IOM (Institute of Medicine, AS) mencadangkan agar RDA semasa untuk vitamin D3 ditingkatkan daripada 400 Unit Antarabangsa (i.u.) kepada 600 i.u. untuk kanak-kanak dan orang dewasa sehingga umur 70 tahun, dan 800 i.u. untuk mereka yang berusia lebih 70 tahun.
Malahan, jumlah ini masih terlalu rendah menurut IOS (International Orthomolecular Society) di Kanada, sebuah organisasi yang pakar dalam penyelidikan perubatan nutrisi.
|
Mereka melaporkan bahawa cadangan paras vitamin D oleh kerajaan AS terlalu rendah untuk mencegah beberapa masalah kesihatan tertentu. Organisasi ini, yang terdiri daripada doktor perubatan, adalah salah satu sumber paling dipercayai bagi maklumat mengenai perubatan nutrisi. |
Menurut International Orthomolecular Society, 2,000 i.u./hari atau lebih vitamin D diperlukan untuk kesihatan optimum.
Cadangan dos dalam garis panduan Canadian Paediatric Society 2007 adalah jauh lebih tinggi iaitu 2,000 i.u. sehari. Had keselamatan untuk vitamin D3 adalah jauh lebih tinggi daripada yang biasa dipercayai.
Menurut bukti terbaru, pengambilan 10,000 i.u. vitamin D sehari dianggap tidak toksik. Sebagai perbandingan, tubuh manusia menghasilkan kira-kira 20,000 i.u. selepas 30 minit pendedahan cahaya matahari di pantai antara jam 10 pagi hingga 2 petang.
Dalam kes keracunan yang diterbitkan, di mana tahap serum dan dos diketahui, semua melibatkan pengambilan harian melebihi 40,000 i.u.
Ramai pakar kesihatan mengesyorkan pengambilan 1,000–2,000 i.u. vitamin D3 setiap hari.
Jadi, perlu diingat bahawa pendedahan cahaya matahari secara terkawal memberi pelbagai manfaat kesihatan, termasuk peningkatan fungsi sistem imun. Secara keseluruhan, bukti menunjukkan bahawa manfaat pendedahan cahaya matahari secara terkawal melebihi risikonya sambil memaksimumkan kelebihan sinaran UV.
