OSTEOARTRITIS DAN OSTEOPOROSIS IALAH MASALAH KESIHATAN YANG SERING DIALAMI APABILA USIA SEMAKIN MENINGKAT.
OSTEOARTRITIS dan osteoporosis adalah masalah kesihatan yang kerap berlaku apabila usia meningkat Perkataan ‘osteo’ berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud tulang.
Tulang yang rapuh yang biasanya diakaitkan dengan osteoporosis telah lama dikenali sebagai faktor risoko kepada osteoartritis. Osteoartritis berlaku apabila rawan licin yang melapisi hujung tulang di sendi semakin haus dan rosak.
Osteoartritis merupakan satu bentuk artritis yang paling sering berlaku. Keadaan ini selalunya berlaku secara berperingkat mengikut peredaran masa. Beberapa sendi yang berlainan boleh terjejas, tetapi osteoartritis kebiasaannya terjadi pada kedua tangan, lutut, pinggul, kaki, and tulang belakang.
PERANAN PEMAKANAN DALAM MEMBANTU OSTEOARTRITIS (OA)
Glukosamin dan kondroitin merupakan komponen semula jadi yang terdapat dalam tisu sendi yang sihat. Ia berfungsi dengan memberikan bahan-bahan semula jadi yang diperlukan oleh tisu rawan untuk membaiki dan membina semula rawan, di samping menghalang enzim semula jadi yang menyebabkan kerosakan rawan sejak awal.
Glukosamin merupakan bahan asas kepada molekul yang dikenali sebagai glikosaminoglikan – merupakan molekul yang digunakan untuk pembentukan dan membaiki tisu rawan
Kondoitin merupakan glikosaminoglikan yang paling banyak ditemui dalam rawan, dan ia berfungsi memberikan ketahanan serta keanjalan pada rawan. Kondroitin berperanan seperti ‘magnet air’. . Dengan mengekalkan air, ia membantu rawan menjadi lebih kukuh serta embolehkannya berfungsi sebagai “penyerap hentakan”.
Suplemen yang mengandungi glukosamin dan kondroitin membantu untuk:
- Melambatkan kemerosotan OA
- Melincirkan sendi
- Mengurangkan kesakit dan ketegangan sendi
- Memudahkan pergerakan
Kini, suplemen dengan kedua-dua glukosmin dan kondroitin telah meraih ambutan yang begitu meluas sehingga pihak berkuasa di Amerika Syarikat menjalankan kajian klinikal terbesar mengenai glukosamin dan kondroitin untuk menguji keberkesanannya. Butiran penuh kajian (GAIT) telah diterbitkan dalam New England Medical Journal pada 23 Februari 2006.
Kajian GAIT
Kajian GAIT dianggap sebagai “kajian paling menyeluruh setakat ini yang menilai kesan glukosamina dan kondroitin terhadap sakit lutut akibat osteoartritis (OA)”. Kajian GAIT menunjukkan bahawa gabungan dua suplemen ini (glukosamin dan kondroitin) adalah lebih berkesan dalam merawat sakit lutut akibat OA sederhana hingga teruk berbanding ubat anti-radang yang digunakan dalam kajian tersebut.
Langkah-langkah mencegah osteoporosis.
Osteoporosis bermaksud ‘tulang berliang’ dan merupakan keadaan yang dikategorikan sebagai tulang yang kekurangan kalsium sehingga menjadi rapuh dan lemah. Sekitar 2–4% daripada rangka manusia diperbaharui setiap tahun. Ini bermaksud bahawa kalsium dan mineral yang lain (magnesium, zink, kuprum, boron mangan) kan keluar daripada tulang melalui proses yang dikenali sebagai resorpsi, sebelum diganti atau diperbaharui semula.
Jika tidak dicegah atau dirawat, osteoporosis boleh berlanjutan tanpa rasa sakit sehingga akhirnya menyebabkan tulang patah. Patah tulang(fraktur) ini selalunya berlaku di bahagian pinggul, tulang belakang dan pergelangan tangan.
Kalsium
Peranan suplemen kalsium dalam menjaga kesihatan tulang sudah lama diketahui dan diiktiraf. Walaupun kalsium memainkan peranan besar dalam kesihatan tulang, hanya 25% wanita dengan osteoporosis di Amerika Syarikat yang sebenarnya kekurangan kalsium.
Kajian terkini membuktikan bukan sahaja kalsium, malah vitamin D, magnesium, kuprum, zink, boron dan mangan juga memainkan peranan penting dalam memastikan tulang kekal kuat dan sihat. Kesemua nutrien ini harus diambil bersama untuk memastikan metabolisme tulang berada pada tahap optimum. Jika satu saja nutrien penting tiada, tulang boleh menjadi rapuh dan risiko osteoporosis meningkat.
Vitamin D
Vitamin D membantu badan untuk menyerap kalsium. Tahap vitamin D yang rendah adalah biasa dalam kalangan wanita, terutamanya warga tua. Apabila tubuh kekurangan vitamin D, ia boleh mengakibatkan kekurangan kalsium, menyebabkan tulang menjadi lembut — keadaan yang dikenali sebagai osteomalasia. Pakar menasihatkan agar vitamin D diambil setiap hari dalam kuantiti antara 400 hingga 800 unit antarabangsa (IU).
Magnesium
Magnesium memainkan peranan penting dalam mengekalkan kalsium di dalam tulang dan membantu tubuh menggunakan vitamin D dengan baik. Kekurangan magnesium adalah masalah biasa dan merupakan salah satu faktor risiko utama osteoporosis.
Di Amerika Syarikat, rekomendasi pengambilan harian (RDA) magnesium yang disyorkan ialah 400mg sehari (RDA ini adalah merujuk kepada orang dewasa, kecuali wanita hamil atau menyusu, serta kanak-kanak berumur lebih daripada empat tahun.)
Mangan
Mangan ialah mineral penting dalam kuantiti kecil yang membantu membina tisu penghubung, iaitu asas tempat mineral disimpan dalam tulang Pengambilan harian yang disyorkan bagi mangan ialah 2mg
Boron
Boron adalah diperluka untuk menukarkan vitamin D kepada bentuk aktifnya, yang menjelaskan mengapa kekurangan boron menjejaskan metabolisme kalsium dan pembentukan tulang. Boron berperanan mengurangkan kehilangan kalsium dari tulang. Walaupun tiada pengambilan harian yang disyorkan secara rasmi, dos harian antara 1.5 hingga 3.0mg dianggap selamat dan mencukupi.
Zink
Zink menyokong pembentukan tulang dengan meningkatkan keberkesanan vitamin D. Zink juga membantu mengekalkan struktur tulang dan terlibat dalam perkembangan tulang.
Kuprum
Kekurangan kuprum boleh menyebabkan pembentukan tulang yang tidak normal. Kuprum berperanan membina asas struktur tulang.
