Menderita sakit lutut?

METHYLSULFONYLMETHANE (MSM) SERING DIGUNAKAN BERSAMA GLUKOSAMIN DAN KONDROITIN UNTUK MELEGAKAN SAKIT SENDI DENGAN BERKESAN.
sulphur for joint pain Livewell2u

SERING menjerit “Aduh!” bila menaiki atau menuruni tangga? Kebanyakan daripada kita, sama ada pernah mengalami sakit lutut sendiri, atau mengenali seseorang yang mengalaminya.

Artritis ialah antara penyebab paling biasa sakit lutut, dan osteoartritis (OA) adalah bentuk artritis yang paling lazim.

Osteoartritis merupakan penyakit kronik yang dicirikan oleh kerosakan[YC1] pada tulang rawan sendi.
[YC1]typo Rawan ialah lapisan pada sendi yang melindungi hujung tulang, bertindak seperti kusyen, dan membantu sendi bergerak dengan mudah tanpa rasa sakit

Kebanyakan sakit sendi berlaku akibat proses penuaan Tulang rawan sendi adalah penting kerana ia membolehkan sendi bergerak dengan lancar dan membantu mengelakkan geseran antara tulang. Kebanyakan individu yang menghampiri usia pertengahan akan mendapati bahawa pertumbuhan semula tulang rawan sendi tidak mampu menampung kadar haus dan lusuhnya. Apabila rawan pada sendi haus, ia akan menyebabkan sakit, keradangan, dan bengkak.

Jadi, apa yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan simptom yang menyakitkan ini? Berikut adalah beberapa tips untuk mengurangkan kesakitan dan kekakuan sendi, serta memudahkan aktiviti harian anda. Langkah-langkah penjagaan kendiri dapat membantu mengurangkan tekanan pada sendi dan mengurangkan keterukan penyakit.

Antara perkara utama yang perlu diperhatikan adalah seperti berikut:

  • Bersenam secara berkala dan terus bergerak. Senaman boleh membantu sendi anda berfungsi dengan baik, tetapi rehat bagi sendi juga penting. Melakukan senaman ringan secara konsisten boleh membantu.
  • Kekalkan berat badan yang sihat mengikut ketinggian. Sekiranya berat badan berlebihan, pengurangan berat mungkin diperlukan kerana ia meningkatkan beban pada sendi dan boleh memburukkan keadaan osteoartritis.
  • Gunakan pad panas atau pek ais untuk melegakan sakit. Jangan letakkan terus pada kulit kerana berisiko menyebabkan luka bakar – balut terlebih dahulu dengan tuala atau kain.
  • Ambil suplemen pemakanan untuk kesihatan sendi bagi membantu membina semula dan menguatkan tulang rawan yang telah haus.Supplement with joint health nutrients to help regrow and strengthen your worn-out cartilage.

Kita telah mengenali nutrien untuk kesihatan sendi seperti glukosamin dan kondroitin, tetapi bagaimana dengan rakan mereka yang kurang dikenali, MSM (methylsulfonylmethane)?

MSM digunakan secara meluas bersama Glukosamin dan Kondroitin untuk melegakan sakit sendi dengan lebih berkesan. Di banyak negara maju seperti Amerika Syarikat, UK, Eropah, Australia dan sebagainya, penambahan suplemen MSM bersama Glukosamina dan Kondroitin terbukti memberikan hasil yang sangat positif dalam merawat osteoartritis.

MSM merupakan nutrient semula jadi yang terdapat dalam diet normal manusia. Ia terdiri daripada 34% sulfur, iaitu mineral keempat paling banyak dalam tubuh manusia. Sulfur amat penting untuk membina struktur setiap sel dalam badan. Ia juga diperlukan untuk kekuatan rawan sendi serta tisu penghubung seperti kulit, rambut dan kuku.

MSM membekalkan sulfur kepada tubuh dalam bentuk yang mudah digunakan. Sulfur ini membantu membina tisu penyambung dengan lebih kukuh, sekali gus menguatkan tisu sendi.

Suplemen MSM menyokong kesihatan sendi serta tisu penghubung seperti tendon, rawan, ligamen dan otot. Kajian juga mendapati MSM dapat mengurangkan kekakuan serta bengkak pada sendi, sekali gus mengurangkan rasa sakit dan meningkatkan kelenturan pergerakan.

Arthritis Foundation of America mencadangkan pengambilan MSM bermula dengan dos rendah 500mg dua kali sehari, kemudian dinaikkan secara berperingkat sehingga 1,000mg dua kali sehari. Selepas mula mengambil MSM, sedikit masa diperlukan untuk kesan positif dilihat.

Manfaat lain sulfur termasuklah menjadikan kulit lebih anjal serta rambut dan kuku lebih berkilau, di samping mengurangkan kecenderungan untuk pecah atau retak.

MSM ialah bentuk sulfur organik, manakala sulfit yang terdapat dalam makanan pula adalah bentuk sulfur bukan organik. Ramai juga individu diberitahu oleh doktor bahawa mereka alah kepada sulfur. Hakikatnya, apa yang biasanya dimaksudkan oleh doktor ialah mereka sebenarnya alah kepada ubat antibakteria jenis sulfonamida (kadangkala dipanggil ubat sulfa), iaitu agen antimikrob sintetik yang mengandungi kumpulan sulfonamida.

MSM didapati selamat untuk kebanyakan individu, termasuk mereka yang mempunyai alahan sulfa. Namun begitu, dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan jika anda masih ragu-ragu.

Glukosamin dan kondroitin merupakan sebatian nutrisi yang terbukti secara klinikal dapat membantu meredakan osteoartritis dan sakit lutut. Untuk manfaat kesihatan sendi yang lebih menyeluruh, pengambilannya bersama MSM adalah digalakkan. Glukosamin dan kondroitin berfungsi sebagai blok binaan rawan, manakala MSM membekalkan sulfur yang diperlukan untuk menguatkan struktur rawan. Kombinasi ini menghasilkan kesan tambahan dalam menyokong fungsi dan fleksibiliti sendi.