KENALI CoQ10 ANDA

CoQ10 amat penting untuk kehidupan. Ia dihasilkan hampir di setiap sel dalam badan manusia dan diperlukan untuk menjana tenaga.

 

PETER Francis, 68 tahun, seorang pemain golf tegar dan usahawan, tetapi baru-baru ini dia sering berasa letih dan lesu.

 

Dia menyangka mungkin faktor usia akhirnya mula mempengaruhinya.

 

Sebagai seorang yang mementingkan kesihatan, yang percaya kepada senaman secara konsisten dan pemakanan sihat, dia berasa kecewa dan tertekan. Dia tidak faham mengapa dirinya begitu cepat penat walaupun mengambil suplemen kesihatan harian termasuk Coenzyme Q10 (CoQ10).

 

Ahli kardiologinya telah menasihatinya mengambil CoQ10 lebih sedekad yang lalu.

 

Amalan mengambil CoQ10 untuk tenaga dan kesihatan jantung diamalkan oleh ramai orang di seluruh dunia. Namun, kebanyakan orang tidak menyedari bahawa CoQ10 wujud dalam dua bentuk dalam badan.

 

Badan menghasilkan bentuk biasa (ubiquinone), dan kemudian menukarnya kepada bentuk aktif (ubiquinol), yang menjadikan CoQ10 salah satu antioksidan larut lemak paling kuat yang dihasilkan oleh badan.

 

Kajian klinikal menunjukkan bahawa bentuk aktif CoQ10 lebih mudah diserap berbanding CoQ10 biasa.

 

Bentuk aktif inilah yang dominan dalam badan yang sihat. Kira-kira 90% CoQ10 dalam plasma kita berada dalam bentuk aktif.

Hanya bentuk aktif CoQ10 berfungsi sebagai antioksidan.

 

Memandangkan CoQ10 aktif adalah antioksidan yang sangat kuat, ia mudah teroksida apabila terdedah kepada udara, dan dengan itu sukar untuk mengekalkannya dalam suplemen.

 

Walaupun saintis telah mengenal pasti bentuk aktif ini, mereka mengambil masa lebih sedekad untuk menstabilkannya supaya boleh digunakan dalam suplemen.

 

Sehinggalah baru-baru ini, satu-satunya cara untuk meningkatkan tahap CoQ10 aktif dalam darah adalah dengan menukarnya dari CoQ10 biasa — yang semakin sukar dilakukan oleh badan apabila usia meningkat.

 

Kedua-dua bentuk CoQ10 adalah penting tetapi memainkan peranan yang berbeza dalam badan.

 

Secara asasnya, CoQ10 amat penting untuk kehidupan. Ia dihasilkan hampir di setiap sel dalam badan dan diperlukan untuk menjana tenaga.

 

Kita perlu menghasilkan cukup tenaga untuk aktiviti harian, memastikan jantung terus berdegup, otak berfungsi, dan anggota badan bergerak. Tenaga juga diperlukan untuk penyelenggaraan dan pembaikan sel yang cedera atau penghasilan sel baru apabila sel mati.

 

Selain meningkatkan tahap tenaga, CoQ10 juga merupakan antioksidan yang kuat yang melindungi badan daripada kerosakan radikal bebas. Namun, selepas usia 50 tahun, penghasilan CoQ10 dalam badan bukan sahaja menurun dengan mendadak, tetapi kemampuan badan menukar CoQ10 biasa kepada bentuk aktif juga berkurangan.

 

Selain untuk kesihatan jantung, CoQ10 juga disyorkan untuk penghidap diabetes. Kajian di Singapura menunjukkan penghidap diabetes mempunyai kira-kira 75% kurang CoQ10 aktif berbanding bukan penghidap diabetes.

 

Kajian ini menunjukkan bahawa penghidap diabetes menggunakan lebih banyak CoQ10 aktif untuk melawan radikal bebas.

 

Satu lagi kajian pula menunjukkan bentuk aktif CoQ10 menambah baik  paras HbA1c dengan ketara, disebabkan peningkatan fungsi pankreas pada pesakit diabetes jenis 2, sekaligus memperbaiki metabolisme gula dalam darah.

 

know your coq10 Livewell2u

Seperti penghidap diabetes, saintis mendapati kehilangan CoQ10 aktif juga berlaku pada pesakit dengan masalah hati kerana keadaan ini meningkatkan kerosakan radikal bebas.

 

Penyelidik di Universiti Tokyo menunjukkan pesakit dengan hepatitis, sirosis, dan kanser hati semua mengalami penurunan tahap CoQ10 aktif.

 

Jika anda berusia lebih 50 tahun dan sering berasa letih serta lemah, beralihlah kepada suplemen CoQ10 dalam bentuk aktif untuk membantu melindungi dan memberi tenaga semula kepada badan yang menua, supaya anda kekal sihat dan bertenaga.

 

Periksa label suplemen CoQ10 anda, dan jika tertulis ubiquinone atau ubicarenone, itu bermakna anda mengambil bentuk biasa.