Berhati-hati dengan Kerosakan Saraf

Pencegahan atau memperlahankan kadar kerosakan saraf akibat diabetes adalah sangat penting.

 

Tidak ingat bila kali terakhir anda menyebut ‘aduh’? Adakah anda seolah-olah telah kehilangan deria rasa atau mempunyai tindak balas yang lambat apabila menyentuh sesuatu yang panas atau tajam? Jika ya, mungkin saraf anda telah rosak, khususnya jika anda menghidap diabetes. Keadaan ini dikenali sebagai neuropati diabetik.

Lim Ai Lee, seorang chef pastri berusia 40-an, sering merasakan seperti kakinya terbakar. Dia tidak memahami apa yang sedang berlaku atau mengapa rasa itu muncul, namun ia telah menjejaskan pekerjaannya.

Satu lagi contoh orang yang mengalami kerosakan saraf ialah Johan Rais. Dia mengalami rasa kesemutan yang mengganggu di tangan dan kakinya sejak setahun lalu.

Diabetes adalah punca paling umum bagi masalah saraf jenis ini. Jangan abaikan tanda-tanda kerosakan saraf akibat paras gula darah tinggi berpanjangan.

Cara terbaik untuk mengelakkan diabetes daripada menjadi tidak terkawal adalah dengan mengambil ujian gula darah secara berkala, dan berdasarkan Keputusan tersebut buat beberapa perubahan gaya hidup dan diet.

Diabetes adalah penyakit senyap, dengan lebih daripada 50% pesakit diabetes tidak sedar bahawa mereka menghidap penyakit tersebut; ia adalah salah satu punca kematian utama di Malaysia.

Ramai orang hanya sedar bahawa mereka mempunyai masalah gula darah tinggi apabila mereka mengalami kerosakan saraf atau salah satu komplikasi yang mengancam nyawa, seperti pemotongan kaki, buta, penyakit buah pinggang, penyakit jantung atau strok.

Berat badan berlebihan atau obesiti boleh mempercepatkan berlakunya komplikasi diabetes.

Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, kira-kira 15.6% orang dewasa Malaysia menghidap diabetes. Ini bersamaan dengan kira-kira 1 daripada 6 orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes. Namun begitu, angka ini hanya sebahagian kecil daripada gambaran sebenar. Ramai pakar dalam bidang perubatan dan pemakanan di Malaysia berpendapat bahawa diabetes sebenarnya menjejaskan sehingga 22% populasi negara, suatu jumlah yang amat membimbangkan.”

 

Diabetes ialah penyakit di mana paras glukosa darah meningkat. Sebahagian besar makanan yang dimakan ditukarkan menjadi glukosa (gula) untuk digunakan oleh badan sebagai tenaga. Pankreas, organ yang terletak berhampiran perut, menghasilkan hormon yang dipanggil insulin untuk membantu glukosa masuk ke dalam sel-sel badan. Apabila anda menghidap diabetes, badan sama ada tidak menghasilkan insulin yang mencukupi, atau tidak dapat menggunakan insulinnya sendiri dengan baik seperti yang sepatutnya. Ini menyebabkan gula terkumpul dalam darah.

Tanda dan gejala diabetes termasuk:

  • Peningkatan rasa dahaga dan lapar.
  • Peningkatan kekerapan kencing
  • Kehilangan berat badan, walaupun makan lebih daripada biasa
  • Keletihan
  • Penglihatan kabur
  • Luka yang lambat sembuh atau jangkitan yang kerap

Saraf periferal bertanggungjawab terhadap deria yang anda rasai, seperti sentuhan, kesakitan dan suhu. Jutaan hujung saraf ini terdapat pada jari tangan, tapak tangan, jari kaki dan tapak kaki, yang membantu melindungi anda daripada bahaya seperti objek panas, sejuk, tajam dan lain-lain.

 

Dalam neuropati periferal, anda mungkin mengalami kesemutan, sakit, atau kebas pada kaki dan tangan anda. Kerosakan saraf bermula walaupun sebelum seseorang didiagnosis dengan diabetes. Malah seseorang yang menghidap pradiabetes mungkin mengalami neuropati.

Walau bagaimanapun, kerosakan saraf juga boleh menjadi “senyap”, bermakna anda tidak mempunyai sebarang gejala langsung.

Amputasi merupakan komplikasi serius akibat neuropati. Diabetes adalah salah satu punca utama pemotongan anggota bawah di seluruh dunia, merangkumi sehingga 50% daripada semua kes. Risiko pemotongan kaki dalam kalangan penghidap diabetes juga dilaporkan 27.7 kali ganda lebih tinggi berbanding individu tanpa diabetes.

 

Mengawal paras gula darah agar berada dalam julat normal merupakan langkah pertama untuk mencegah kerosakan saraf selanjutnya. Pemantauan gula darah secara berkala, perancangan pemakanan, aktiviti fizikal, serta pengambilan ubat oral atau insulin dapat membantu mengekalkan paras glukosa darah pada tahap terkawal.

Ia mungkin mengambil sedikit masa, tetapi secara amnya, gejala akan bertambah baik apabila kawalan glukosa baik. Kawalan gula darah yang baik juga boleh membantu mencegah atau melambatkan permulaan masalah selanjutnya.

Saintis Jepun kini telah menemui bahawa saraf yang rosak boleh dijana semula dengan suplemen yang dikenali sebagai mekobalamin atau metilkobalamin iaitu bentuk aktif Vitamin B12.

Mecobalamin ialah bentuk aktif Vitamin B12 yang menyokong fungsi neurologi. Mecobalamin membantu melindungi sistem saraf dan melambatkan penuaan melalui mekanisme unik yang berbeza daripada rawatan konvensional. Beberapa gangguan, termasuk neuropati periferal, mungkin dapat dicegah atau dirawat dengan terapi vitamin semula jadi ini. Dos yang disyorkan ialah satu kapsul 500mcg tiga kali sehari untuk menyokong kesihatan saraf dan melindungi daripada kemerosotan sistem saraf.

Petua untuk mencapai paras gula darah yang lebih sihat:

  • Kekalkan berat badan yang sihat
    • Aktif secara fizikal sebanyak mungkin
    • Sentiasa pilih bijirin penuh
    • Elakkan makanan ringan bergula
    • Kurangkan minuman bergula