Kehebatan Vitamin D

SEMAKIN BANYAK KAJIAN MEMBUKTIKAN BANYAK FUNGSI PENTING VITAMIN D.
vitamin d3 humantree Livewell2u

RAMAI orang putih (caucations) menganggap penggunaan payung untuk mengelak cahaya matahari sebagai sesuatu yang pelik. Di Malaysia beriklim tropika, kebanyakan wanita menggunakan payung untuk mengelakkan panas matahari. Di sini, jika anda memberi payung lutsinar kepada wanita berkulit cerah, mereka mungkin menganggapnya sebagai sesuatu yang mengarut.

Kebanyakan wanita amat mementingkan kulit yang licin dan cerah seperti porselin, dan sanggup membelanjakan ratusan hingga ribuan ringgit demi mendapatkannya – daripada menggunakan pelindung matahari sehingga SPF 50, hinggalah krim, losen dan serum untuk mencerahkan pigmentasi, jeragat dan parut jerawat, serta pakej rawatan wajah seperti pengelupasan, pemutihan dan juga mikrodermabrasi.

Sesetengah individu yang mengelakkan diri daripada matahari atau memakai pelindung matahari kerana bimbang akan kanser kulit, walaupun tiada bukti menunjukkan bahawa pendedahan matahari secara sederhana dan berkala menyebabkan melanoma. Malah, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) melaporkan bahawa kejadian melanoma lebih tinggi dalam kalangan mereka yang kurang mendapat pendedahan matahari sederhana berbanding individu yang kerap terdedah kepada cahaya matahari.

 

SUNSHINE AND SKIN CANCER (MELANOMA) PREVENTION

Ini adalah satu perkara penting, kerana jika anda mengelak matahari kerana takut kanser kulit, secara ironinya, anda sedang melepaskan salah satu perlindungan semula jadi terhadap kanser yang paling berkesan.

Kesan pelindung vitamin D terhadap kanser berfungsi melalui pelbagai cara, termasuk:

Meningkatkan kebolehupayaan pemusnahan diri sel yang bermutasi (yang jika dibiarkan membiak boleh membawa kepada kanser). Mengurangkan penyebaran dan pembiakan sel kanser. Menjadikan sel berkembang dan matang secara normal (sel kanser biasanya tidak matang). Mengurangkan pertumbuhan salur darah baharu daripada salur yang sedia ada, yang boleh menggalakkan pertumbuhan tumor menjadi kanser.

Anda mungkin kehilangan nutrien perlindungan kanser yang penting — vitamin D3 — sekiranya anda menghindari pendedahan kepada cahaya matahari.

Menurut Vitamin D Council, lebih 50% daripada populasi dunia berisiko mengalami kekurangan vitamin D3. Vitamin D diperlukan oleh tubuh untuk banyak fungsi kesihatan penting, daripada menguatkan sistem imun hingga mengawal pertumbuhan sel.

Semua tisu dalam badan, termasuk otak, jantung, payudara, otot, dan sistem imun, memiliki reseptor vitamin D, yang menunjukkan bahawa vitamin D diperlukan pada tahap optimum untuk memastikan fungsi tisu yang betul serta kesejahteraan keseluruhan.

Memandangkan kita sedang membincangkan kanser, mari kita lihat bagaimana kekurangan vitamin D dikaitkan dengan 18 jenis kanser.

 

VITAMIN D DAN CARA MENCEGAH KANSER

Salah satu bidang penyelidikan vitamin D yang paling pesat berkembang ialah dalam pencegahan kanser. Lebih daripada 90 kajian telah menunjukkan bahawa tahap vitamin D yang lebih tinggi dapat mengurangkan kejadian kanser pada payudara, prostat, kolon, esofagus, pankreas, ovari, rektum, pundi kencing, buah pinggang, paru-paru dan rahim, serta limfoma bukan Hodgkin dan pelbagai myeloma.

Tahap vitamin D yang optimum dapat mengurangkan risiko:

Kanser Payudara:

Vitamin D dipercayai berperanan dalam mengawal pertumbuhan sel payudara yang normal dan berpotensi menghalang perkembangan sel kanser payudara.

Satu kajian yang dijalankan di Kanada menunjukkan bahawa vitamin D mungkin memainkan peranan penting dalam perkembangan kanser payudara. Kajian ini mendapati bahawa wanita yang kekurangan vitamin D pada masa diagnosis kanser payudara mempunyai kemungkinan 75% lebih tinggi untuk meninggal dunia akibat penyakit ini dan risiko 94% lebih tinggi untuk kanser merebak, berbanding wanita yang mempunyai tahap vitamin D yang mencukupi atau optimum dalam badan.

Kajian lain oleh penyelidik dari University of Rochester Medical Centre meneliti tahap vitamin D pada 155 pesakit kanser payudara pada bulan-bulan sebelum atau selepas mereka menjalani pembedahan untuk merawat penyakit tersebut. Mereka mendapati bahawa tahap vitamin D yang tidak optimum sering dikaitkan dengan penanda biologi yang menunjukkan tumor yang lebih agresif.

Dalam satu lagi kajian terkini yang diterbitkan dalam isu Mei 2012 Carcinogenesis, sekumpulan saintis dari Catholic University Leuven, Belgium menilai hubungan antara status vitamin D dan kanser payudara. Mereka ingin mengetahui sama ada status vitamin D pada masa diagnosis berkait atau mempengaruhi ciri-ciri tumor, kadar kelangsungan hidup, dan kemungkinan kanser berulang.

Kajian tersebut mendapati bahawa tahap vitamin D yang rendah berkait dengan saiz tumor yang lebih besar pada masa diagnosis, manakala tahap 25-hydroxyvitamin D yang tinggi berkait dengan tumor payudara yang lebih kecil. Penemuan ini penting kerana kajian-kajian terdahulu tidak menunjukkan hubungan antara tahap vitamin D dan saiz tumor.

Kanser prostat

Vitamin D boleh menjadi sumber harapan bagi lelaki dengan kanser prostat. Walaupun ia tidak dapat mencegah kanser prostat, vitamin D mungkin membantu mengurangkan kemungkinan kematian akibat penyakit ini.

Dalam satu kajian baru, lelaki dengan tahap vitamin D tertinggi dalam darah mereka mempunyai kemungkinan 57% lebih rendah untuk meninggal dunia akibat kanser prostat berbanding lelaki dengan tahap vitamin D terendah.

Kajian mengenai kanser prostat mendapati bahawa pesakit yang mengambil 2,000 IU vitamin D3 setiap hari menunjukkan pengurangan 50% dalam peningkatan tahap PSA, iaitu penanda aktiviti kanser prostat.

Kanser kolorektal

Penyelidik di Eropah mendapati bahawa individu dengan tahap vitamin D yang tinggi mempunyai risiko kanser kolon yang jauh lebih rendah. Penemuan ini menambah bukti bahawa vitamin D mungkin boleh membantu mencegah kanser kolon, dan mungkin juga meningkatkan peluang hidup bagi pesakit yang menghidap penyakit ini.

Untuk kajian ini, penyelidik mengkaji kaitan antara tahap vitamin D dalam darah, pengambilan vitamin D dan kalsium daripada diet, dan risiko mendapat kanser kolorektal. Penemuan mereka berdasarkan maklumat daripada European Prospective Investigation into Cancer Study (EPIC), iaitu kajian yang melibatkan lebih 520,000 orang dari 10 negara di Eropah Barat.

Untuk maklumat lanjut tentang vitamin D dan kaitannya dengan kanser, anda boleh pergi ke YouTube dan cari:
Vitamin D & Cancer – current trial and evidence, Carole Baggerly atau Vitamin D Prevents Cancer. Is It True? UCtelevision.

Jika anda atau keluarga kurang mendapat cahaya matahari, selalu memakai pakaian yang menutup badan, banyak berada di dalam bangunan, atau menggunakan sunblock setiap kali keluar, anda berisiko kekurangan vitamin cahaya matahari, D3

Namun ingat, anda masih boleh mendapatkan manfaatnya dalam bentuk tablet tanpa pendedahan kepada sinaran UV dan haba.

Reference:

 

  1. Hatse S, Lambrechts D, Verstuyf A, Smeets A, Brouwers B, et.al – Vitamin D status at breast cancer diagnosis: correlation with tumor characteristics, disease outcome, and genetic determinants of vitamin D insufficiency. Carcinogenesis. 2012 Jul;33(7):1319-26. Epub 2012 May 23.
  2. Michael F. Holick-Vitamin D and Sunlight: Strategies for Cancer Prevention and Other Health Benefits. Department of Medicine, Section of Endocrinology, Nutrition, and Diabetes, Vitamin D, Skin and Bone Research Laboratory, Boston University Medical Center, Boston, Massachusetts. CJASN September 2008 vol. 3 no. 5 1548-1554.
  3. Grant WB, Holick MF. Benefits and requirements of vitamin D for optimal health: a review. Altern Med Rev. 2005 Jun; 10(2):94-111.
  4. van den Bemd GJ, Chang GT. Vitamin D and vitamin D analogs in cancer treatment. Curr Drug Targets. 2002 Feb;3(1):85-94.
  5. Gorham ED, Garland CF, Garland FC, et al. Vitamin D and prevention of colorectal cancer. J Steroid Biochem Mol Biol. 2005 Oct;97(1-2):179-94.
  6. Lou YR, Qiao S, Talonpoika R, Syvala H, Tuohimaa P. The role of Vitamin D3 metabolism in prostate cancer. J Steroid Biochem Mol Biol. 2004 Nov;92(4):317-25.