Masalah Prostat yang Membesar

Prostat yang membesar adalah masalah serius yang menjejaskan setiap aspek kehidupan lelaki. Masalah yang dialami ramai lelaki ini boleh menyukarkan mereka untuk berjumpa rakan, makan di luar, atau menonton filem.

Prostat menghasilkan sebahagian cecair dalam air mani yang berfungsi melincirkan uretra dan membantu pergerakan sperma. Ia berada di bawah pundi kencing dan mengelilingi uretra, saluran yang membawa air kencing keluar dari badan.

Bagi sesetengah lelaki, saiz prostat tidak berubah. Malangnya, kira-kira 75% lelaki berumur lebih 50 tahun mengalami pembesaran prostat. Keadaan ini dikenali sebagai benign prostatic hyperplasia (BPH). Prostat yang membesar akan menekan uretra, menyebabkan kesukaran untuk membuang air kecil.

Bagaimana mengetahui jika prostat anda membesar?

Jika anda menjawab “ya” untuk dua atau lebih soalan berikut, besar kemungkinan anda mempunyai masalah prostat. ika begitu, anda disarankan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengurangkan masalah dan mengembalikan fungsi normal.

  • Adakah anda kerap terjaga pada waktu malam untuk membuang air kecil?
  • Adakah anda kerap berhenti dan mula semula ketika membuang air kecil?
  • Adakah anda kadangkala menghadapi kesukaran untuk menangguhkan keinginan membuang air kecil?
  • Adakah anda perlu meneran untuk memulakan proses kencing?
  • Adakah aliran air kencing anda menjadi lemah?
  • Adakah anda perlu membuang air kecil sekali lagi dalam tempoh kurang daripada dua jam?
  • Adakah anda mengalami sebarang tahap disfungsi ereksi semasa hubungan seksual?
  • Adakah anda mendapati intensiti orgasme anda semakin berkurangan?
SUPLEMEN HERBA YANG MEMBANTU

Saw Palmetto (Serenoa repens)
Ekstrak larut lemak (liposterolik) daripada beri saw palmetto telah menjadi rawatan semula jadi yang paling popular untuk BPH. Apabila digunakan secara berkala, ekstrak ini terbukti dapat membantu mengurangkan dan mengawal simptom keadaan tersebut.

Saw palmetto terbukti dapat menghalang 5-alpha-reductase, iaitu enzim yang menukarkan testosteron kepada bentuknya yang lebih aktif, dihidrotestosteron (DHT).

Saw palmetto turut bertindak menghalang DHT daripada melekat pada kelenjar prostat. Kebanyakan kajian menggunakan dos harian sebanyak 320mg ekstrak Saw Palmetto yang telah distandardkan kepada sekitar 80–95% kandungan asid lemak.

Saw palmetto merupakan herba yang paling banyak dikaji bagi rawatan BPH. Terdapat banyak ujian klinikal yang menunjukkan bahawa pengambilan suplemen saw palmetto dapat mengurangkan rasa perlu kencing yang mendesak, mengurangkan kencing malam (nocturnal), meningkatkan kadar aliran air kencing, mengurangkan penahanan kencing, dan memperbaiki kualiti hidup.

Kajian terkini menunjukkan bahawa untuk mencapai manfaat optimum daripada saw palmetto, adalah penting bahawa ekstrak saw palmetto larut lemak distandardkan supaya mengandungi 85%–95% asid lemak.

(Nota: Kebanyakan produk lama di pasaran menggunakan ekstrak kasar daripada beri saw palmetto.Masalahnya, kualiti dan keberkesanan serbuk ini mungkin tidak konsisten.)

Pygeum (Pygeum africanum)
Pygeum merupakan herba kedua yang paling popular untuk merawat prostat yang membesar. Pygeum telah diluluskan di Jerman, Perancis, dan Itali sebagai rawatan untuk BPH. Kesan bermanfaat pygeum didapati serupa dengan saw palmetto.

Tomato (Lycoparsion esculentum)

Likopin mengandungi fitosterol (bahan kimia tumbuhan) dan mempunyai sifat antioksidan yang kuat.

Antioksidan boleh meneutralkan bahan berbahaya dalam badan yang dikenali sebagai “radikal bebas” yang boleh menyumbang kepada kanser dan penyakit kardiovaskular.

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan lycopene pada tahap tinggi dikaitkan dengan perlindungan jangka panjang terhadap kesihatan prostat.

Stinging nettle (Urtica dioca)
Kerana popularitinya di Jerman, ekstrak stinging nettle telah menjadi subjek banyak ujian klinikal.

Secara keseluruhannya, ujian-ujian ini membuktikan keberkesanan ekstrak ini dalam merawat BPH.

Ekstrak ini mungkin dapat meningkatkan jumlah urin dan kadar aliran maksimum urin pada lelaki dengan BPH peringkat awal. Ia telah berjaya digabungkan dengan saw palmetto dan pygeum untuk merawat BPH dalam ujian.

Kesan bermanfaat ekstrak akar stinging nettle termasuk mengurangkan baki air kencing, mengurangkan kekerapan kencing malam (nocturnal), dan meningkatkan kadar aliran urin.

Biji labu (Curcubita pepo)
Ekstrak biji labu mengandungi fitosterol, cucurbitin, dan selenium. Kajian klinikal menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak ini dapat mengurangkan kekerapan kencing pada siang dan malam dengan ketara. Kadar aliran kencing juga meningkat dan baki urin berkurangan.

Secara amnya, apabila membeli produk herba, sebaiknya memilih produk yang mengandungi ekstrak herba yang distandardkan kerana ia dapat menjamin konsistensi produk tersebut.

Ini bertujuan untuk memastikan setiap herba mengandungi jumlah sebatian aktif biologi yang sama. Bagi serbuk/ekstrak kasar (tidak distandardkan), tahap sebatian aktif tumbuhan boleh berbeza-beza bergantung kepada pelbagai faktor seperti cuaca, kualiti tanah, usia tumbuhan, dan musim ia dituai.