Semakin ramai rakyat Malaysia kini melancong ke serata dunia kerana pakej pelancongan dan tiket penerbangan semakin mampu milik hasil persaingan pasaran yang sengit.
Namun, masih ramai seperti Puan Sue Lim yang berusia 59 tahun, yang terpaksa mengelak daripada bercuti kerana sakit sendi lutut yang teramat sangat. Kerana perlu turun naik bas dan berjalan laju untuk mengejar kumpulan pelancong membuatkan beliau rasa ragu-ragu untuk menyertai lawatan berkumpulan.
Tiga bulan lalu, jiran Lim iaitu Puan Khadijah, 56 tahun, seorang pesara yang gemar melancong, memperkenalkan suplemen kesihatan sendi untuk membantu mengurangkan sakit sendinya.
Kini, Lim tidak lagi mengalami kesakitan pada lutut, dan dia bersama Khadijah sibuk mencari tawaran percutian menarik di pesta pelancongan berdekatan rumah mereka.
Sakit sendi lutut adalah perkara biasa dalam kalangan orang pertengahan usia dan warga emas, biasanya disebabkan oleh keadaan yang dikenali sebagai osteoartritis (OA).
Osteoartritis (OA), yang kadangkala disebut sebagai penyakit sendi degeneratif atau artritis degeneratif, ialah masalah kronik sendi yang paling biasa. Ia boleh menjejaskan mana-mana sendi, tetapi paling kerap berlaku pada lutut, pinggul, bahagian bawah belakang dan leher.
OA ialah keadaan yang dicirikan oleh kerosakan pada rawan sendi. Rawan ialah lapisan pada sendi yang melindungi hujung tulang, bertindak seperti kusyen, dan membantu sendi bergerak dengan mudah tanpa rasa sakit
Rawan dalam sendi sangat penting kerana ia membantu sendi bergerak dengan lancar dan mengelakkan geseran antara tulang
Namun, apabila usia semakin meningkat, proses pertumbuhan semula rawan tidak lagi mampu menampung kadar degenerasi yang berlaku. Apabila rawan pada sendi haus, ia akan menyebabkan sakit, keradangan, dan bengkak.
Gejala OA yang perlu dperhatikan termasuklah:
- Sakit sendi – Lebih daripada satu pertiga penghidap osteoartritis mengalami sakit sendi. Kesakitan biasanya bertambah apabila melakukan aktiviti dan berkurang apabila berehat.
- Kekakuan – Selalunya berlaku pada tangan, lutut, pinggul dan tulang belakang bagi mereka yang menghidap OA, terutama selepas bangun tidur atau duduk terlalu lama. Untuk mengelakkan kekakuan akibat kurang bergerak, doktor mungkin mengesyorkan senaman ringan seperti berenang atau berbasikal.
- Pergerakan terhad juga salah satu simptom OA yang biasa. Doktor mungkin menyarankan senaman khusus untuk membantu mengekalkan kelenturan sendi
- Otot lemah dan fungsi otot berkurang sering dialami oleh mereka yang menghidap OA. Beberapa kajian menunjukkan kelemahan otot juga boleh menjadi faktor penyumbang kepada perkembangan OA, terutamanya pada sendi lutut.
- Sendi berkeriut kerap dialami pesakit osteoartritis apabila rawan sendi semakin haus, menyebabkan tulang bergerak dan bergesel antara satu sama lain. Kehilangan atau kerosakan rawan akibat OA pada tahap lanjut mungkin memerlukan intervensi pembedahan bagi menggantikan struktur rawan.
Sebagai cara lain, pakar kesihatan anda mungkin akan mencadangkan beberapa nutrien terkenal untuk kesihatan sendi seperti glukosamin, kondroitin dan MSM.
Glukosamin dan kondroitin dihasilkan secara semula jadi dalam tubuh dan merupakan blok binaan rawan sendi. Glukosamin berperanan dalam membina dan membaiki rawan yang melapisi sendi. Namun, apabila usia meningkat, penghasilan glukosamin dalam tubuh berkurangan.
Sebaliknya, kondroitin yang juga terdapat dalam rawan berperanan menarik cecair (bertindak seperti magnet air) untuk melincirkan sendi dan mengekalkan keteguhan rawan.
Glukosamin sering diambil bersama kondroitin dan merupakan sebatian pemakanan penting yang diperlukan untuk membina semula rawan yang kuat dan fleksibel.
United States Arthritis Foundation mencadangkan pengambilan 1,500mg glukosamin dan 800–1,200mg kondroitin setiap hari untuk OA. Masa yang mencukupi perlu diberikan untuk melihat kesan positifnya.
Satu kajian kepuasan pengguna yang melibatkan lebih daripada 200 rakyat Malaysia yang mengamalkan suplemen glukosamin dan kondroitin yang diuji secara klinikal mendapati bahawa 98.2% responden melaporkan pengurangan kesakitan sendi yang signifikan, selain peningkatan fleksibiliti dan mobiliti sendi.
Banyak negara di seluruh dunia seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia juga sering melihat hasil yang sangat positif dalam rawatan OA apabila suplemen MSM diambil bersama glukosamin dan kondroitin.
MSM ialah bentuk semula jadi sulfur yang terdapat dalam tisu hidup kita. Ia membekalkan sulfur kepada tubuh dalam bentuk yang mudah digunakan untuk membantu menguatkan tisu penyambung pada sendi.
MSM tambahan dapat menyokong kesihatan sendi serta tisu penghubung seperti tendon, rawan artikular, ligamen dan otot. Kajian juga menunjukkan bahawa MSM dapat mengurangkan kekakuan dan bengkak, sekali gus mengurangkan kesakitan dan meningkatkan kelenturan sendi.
MSM dilihat sebagai pelengkap yang ideal untuk glukosamin dan kondroitin Jadi, sekiranya anda hanya mengambil glukosamin dan kondroitin, anda mungkin terlepas manfaat tambahan yang boleh diberikan oleh MSM.
United States Arthritis Foundation mencadangkan pengambilan 1,500mg glukosamin dan 800–1,200mg kondroitin setiap hari untuk OA. Setelah mengambilnya, masa yang mencukupi perlu diberikan untuk melihat kesan positifnya.
