LANGKAH SEMULA JADI ATASI SAKIT LUTUT

K. WILLIAMS, seorang “veteran” joging berusia 50 tahun, terjaga pada suatu pagi dan mendapati dirinya tidak mampu menuruni tangga akibat sakit lutut yang teramat sangat. Sepanjang hidupnya beliau aktif bersukan, namun kali ini Williams sukar untuk menerima keadaan itu kerana sakit lututnya sangat mengehadkan pergerakan.
Contoh lain penghidap sakit lutut ialah Betty Yip, 58 tahun, yang telah mengamalkan taichi setiap hari di taman berhampiran selama 15 tahun. Namun sejak awal tahun ini, beliau terpaksa berhenti kerana sakit lutut yang teruk serta rasa kaku setiap kali bangun tidur dan ketika membengkokkan lutut.
Allan Fernandez, 65 tahun, merupakan peminat tegar golf sejak 30 tahun lalu. Dahulu, beliau boleh turun ke padang golf lima kali seminggu. Namun, akibat kesakitan lutut yang teruk, beliau kini hanya mampu bermain sekali seminggu sahaja kerana kesukaran untuk menghayun kayu golf.
Mereka sebenarnya tidak keseorangan – dianggarkan berjuta-juta orang di seluruh dunia mengalami sakit lutut akibat osteoartritis, iaitu sejenis sakit sendi yang paling kerap dialami oleh lelaki dan wanita ketika memasuki usia pertengahan dan seterusnya.
Keadaan yang amat menyakitkan serta melemahkan ini berpotensi memberi kesan besar terhadap cara hidup kita.
Osteoartritis 101
Osteoartritis adalah penyakit kronik di mana rawan sendi mula rosak dan menipis. Rawan ialah lapisan pada sendi yang melindungi hujung tulang, bertindak seperti kusyen, dan membantu sendi bergerak dengan mudah tanpa rasa sakit
Tulang rawan dalam sendi berperanan penting kerana ia membolehkan pergerakan sendi berlaku dengan lancar serta mengurangkan geseran antara tulang. Individu yang mengalami osteoartritis akan mendapati bahawa pembentukan semula tulang rawan sendi tidak dapat mengejar kadar haus dan lusuhnya. Apabila tulang rawan sendi semakin rosak, ia akan menyebabkan sakit, kekakuan dan bengkak.
Dua nutrien paling penting untuk mereka yang mengalami sakit lutut ialah glukosamin dan kondroitin. Glukosamin dan kondroitin ialah dua sebatian nutrisi yang terbukti secara klinikal digunakan untuk melegakan osteoartritis dan sakit lutut. Beribu-ribu pesakit osteoartritis di seluruh dunia mengamalkan kombinasi nutrien yang terbukti berkesan ini secara harian bagi menyokong kesihatan lutut mereka.
Glukosamin terdapat secara semula jadi dalam tulang rawan dan berperanan membaiki serta merangsang pertumbuhan semula tulang rawan. Walau bagaimanapun, penghasilan glukosamin oleh tubuh berkurang seiring peningkatan usia.
Kondroitin ialah sebatian semula jadi lain yang terdapat dalam tulang rawan sendi. Ia bertindak seperti “magnet air”, menarik cecair untuk melincirkan sendi.
Apabila digabungkan dengan glukosamin, kesan tambahannya dapat membantu melegakan sakit sendi serta meningkatkan kelenturan pergerakan.
Pengambilan suplemen glukosamin dan kondroitin dapat membantu:
- Melegakan sakit lutut
- Mengurangkan kekakuan
- Meningkatkan kelenturan lutut
Perlu diingat, dalam pemilihan suplemen untuk penjagaan sendi, utamakan yang terbukti dipercayai dan berkesan. Pastikan suplemen yang dipilih mengandungi kedua-dua glukosamin dan kondroitin, kerana kajian menunjukkan bahawa kesan sinergi kedua-dua bahan ini lebih efektif berbanding pengambilan secara berasingan dalam melegakan osteoartritis lutut sederhana hingga teruk.
Selain itu, MSM (methylsulfonylmethane), sebatian sulfur semula jadi dengan pelbagai manfaat kesihatan, sering digabungkan dengan glukosamin dan kondroitin untuk memberikan kelegaan sakit sendi yang lebih efektif.
MSM terdapat dalam diet normal manusia dan hampir semua haiwan lain, namun ia mudah terurai semasa proses memasak. Ia terdiri daripada 34% sulfur, iaitu mineral keempat paling banyak dalam tubuh manusia. Sulfur amat penting untuk membina struktur setiap sel dalam badan. Ia juga diperlukan untuk kekuatan rawan sendi serta tisu penghubung seperti kulit, rambut dan kuku.
Banyak asid amino, iaitu bahan asas pembentukan protein, sebenarnya mengandungi sulfur. Hormon, enzim, antibodi dan antioksidan semuanya bergantung padanya. Disebabkan tubuh menggunakannya setiap hari, sulfur perlu sentiasa ditambah semula untuk memastikan pemakanan dan kesihatan yang terbaik.
Arthritis Foundation of America mencadangkan pengambilan MSM bermula dengan dos rendah 500mg dua kali sehari, kemudian dinaikkan secara berperingkat sehingga 1,000mg dua kali sehari.
Petua penting bagi individu aktif untuk mengurangkan kesakitan lutut.
- Petua utama untuk menguruskan sakit lutut adalah melalui terapi nutrisi yang tepat. Dapatkan nasihat daripada ahli farmasi anda hari ini mengenai formula yang terbukti dipercayai dan berkesan untuk sakit lutut.
- Pemilihan kasut yang tidak sesuai. Elakkan kasut bertumit tinggi atau keras. Jangan memakai sandal. Pilih kasut bertali yang memberikan sokongan stabil kepada kaki.
- Terapi haba dan sejuk. Haba berfungsi untuk melegakan otot dan merangsang peredaran darah, manakala sejuk boleh menenangkan kawasan yang mengalami kesakitan serta mengurangkan bengkak. Dapatkan nasihat doktor atau fisioterapis mengenai pilihan terapi yang paling sesuai untuk anda.
Rujukan:
- Clegg D, et al. Glucosamine, Chondroitin Sulfate, and the Two in Combination for Painful Knee Osteoarthritis. New England Journal of Medicine, 2006; 354:795-808.
