Legakan Sakit Sendi

RAWATAN SEMULA JADI UNTUK KURANGKAN SAKIT OSTEOARTRITIS.
joint pain relief Livewell2u

SAKIT sendi akibat osteoartritis bukan sahaja tidak selesa, malah boleh menghalang kita untuk terus hidup aktif dan ceria.

Inilah jenis artritis yang paling kerap berlaku pada masa kini. Ia terjadi apabila rawan pada satu atau lebih sendi mula menipis dan rosak, biasanya akibat penggunaan sendi yang berlebihan. Rawan berfungsi sebagai pelapik di antara tulang pada sendi Apabila rawan ini menipis, tulang akan bergesel antara satu sama lain — keadaan ini boleh menyebabkan kesakitan yang teruk.

Punca utama osteoporosis ialah faktor penuaan. Selain daripada penuaan, terdapat juga faktor lain yang boleh meningkatkan risiko, antaranya:

  • Kecederaan pada sendi (kemalangan atau aktiviti sukan)
  • Penggunaan sendi yang berulang (haus)
  • Berat badan berlebihan atau mengangkat beban di gim (menambah tekanan pada sendi).
  • Tekanan pada sendi (postur badan yang tidak baik, berjoging, berlari atau mendaki bukit)
  • Sejarah keluarga (faktor keturunan)

Bagi mengurangkan sakit, ada yang mengambil ubat seperti parasetamol, ibuprofen atau naproxen, termasuk juga ubat preskripsi tertentu daripada doktor. Dalam jangka pendek, ubat ini memang berkesan – ia dapat mengurangkan sakit dan bengkak. Namun, persoalannya, apakah kesan jangka panjang pengambilan ibuprofen dan ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDs) lain?

Ramai pesakit osteoartritis tidak menyokong kesihatan rawan mereka. Tubuh memerlukan bekalan nutrien penting untuk membina rawan yang kuat dan fleksibel. Rawan yang kuat dan anjal ialah asas untuk sendi yang sihat. Dengan nutrisi yang betul, pesakit osteoartritis boleh memperbaiki rawan yang rosak.

Glukosamina dan kondroitin ialah dua sebatian nutrisi yang terbukti secara klinikal digunakan untuk melegakan osteoartritis dan sakit lutut.

Glukosamin wujud secara semula jadi di dalam rawan dan berfungsi untuk membaiki dan merangsang pertumbuhan semula rawan baru. Namun, apabila tubuh menua, jumlah glukosamin yang dihasilkan semakin berkurang.

Kondroitin ialah bahan semula jadi yang wujud dalam rawan sendi dan bertindak seperti magnet air untuk menarik cecair bagi melincirkan sendi. Apabila digabungkan dengan glukosamina, kesan tambahannya dapat membantu melegakan sakit sendi serta meningkatkan kelenturan pergerakan.

Pengambilan suplemen glukosamina dan kondroitin dapat membantu:

  • Melegakan sakit sendi
  • Membina semula tulang rawan sendi
  • Meningkatkan kelenturan sendi

Sebenarnya, proses haus pada tulang rawan tidak berlaku dalam sekelip mata. Begitu juga dengan kelegaan sakit sendi melalui glukosamina dan kondroitin. Supplemen glukosamina dan kondroitin perlu diambil setiap hari mengikut dos yang disyorkan, sekurang-kurangnya selama tiga hingga enam bulan. Supplemen glukosamina dan kondroitin perlu diambil setiap hari mengikut dos yang disyorkan

Jadi, beberapa langkah untuk mengurangkan sakit sendi termasuklah:

Rawatan pemakanan
Pemakanan yang betul untuk menyokong rawan adalah penting, dan di sinilah glukosamin serta kondroitin memainkan peranan.

Tambahan suplemen pemakanan
MSM (Methylsulfonylmethane) ialah suplemen semula jadi yang membantu menjaga kesihatan sendi. Ia sebenarnya adalah bentuk sulfur semula jadi yang wujud dalam tisu badan. MSM membekalkan sulfur kepada tubuh dalam bentuk yang mudah digunakan. Sulfur ini membantu membina tisu penyambung dengan lebih kukuh, sekali gus menguatkan tisu sendi. MSM membantu mengurangkan rasa tidak selesa dan sakit akibat masalah sendi seperti osteoartritis.

Senaman ringan untuk gaya hidup aktif
Institut Nasional Artritis, Otot dan Penyakit Kulit (NIAMS) menyarankan kita untuk bersenam secara berkala kerana boleh membantu melancarkan pergerakan lutut dan menguatkan otot di sekelilingnya.

Memilih senaman yang tidak membebankan lutut yang bermasalah boleh membantu untuk mengurangkan sakit lutut memastikan anda kekal aktif. Selain itu, ada juga langkah lain yang boleh diambil untuk menguruskan sakit lutut.

  • Cuba senaman seperti berbasikal, berjalan kaki atau berenang – semuanya tidak membebankan lutut dan lembut pada sendi anda.
  • Elakkan senaman berimpak tinggi seperti berlari atau berjoging kerana ia boleh memburukkan keadaan lutut yang bermasalah.
  • Senaman lain yang boleh memberi tekanan pada lutut termasuklah tarian lasak, aerobik dan lompat tali.