MSM (METHYLSULFONYLMETHANE), SEBATIAN SULFUR SEMULA JADI, DILIHAT SEBAGAI PELENGKAP TERBAIK KEPADA GLUKOSAMIN & KONDROITIN UNTUK MELEGAKAN OSTEOARTRITIS DENGAN LEBIH BERKESAN.
12 Oktober 2025 merupakan Hari Artritis Sedunia. Penyakit artritis yang menyerang berjuta-juta orang di seluruh dunia ialah penyakit kronik degeneratif yang boleh berbeza tahap keterukannya. Dengan kadar penyebaran yang meluas serta kesannya terhadap kesihatan dan kesejahteraan, artritis menjadi antara punca utama ramai mendapatkan rawatan doktor.
Artritis ditakrifkan sebagai keradangan pada satu atau lebih sendi dan gejala keadaan tersebut termasuk kemerahan, bengkak, kelembutan, kekakuan, kesakitan, dan kehangatan di kawasan yang terjejas. Terdapat lebih 100 jenis artritis, termasuk osteoartritis, artritis reumatoid, ankilosing spondilitis, dan gout.
Osteoartritis
Osteoartritis (OA) ialah jenis artritis yang paling kerap berlaku. Penyakit kronik ini berlaku apabila rawan pada sendi semakin rosak dan terurai.
Rawan ialah lapisan pada sendi yang melindungi hujung tulang, bertindak seperti kusyen, dan membantu sendi bergerak dengan mudah tanpa rasa sakit. Rawan yang sihat adalah sangat kuat dan fleksibel, serta membolehkan sendi untuk bergerak dengan lancar dan tanpa rasa sakit, namun dalam osteoartritis, rawan mengalami kerosakan dan seterusnya menjadi haus. Keadaan ini berlanjuatan sehingga rawan di sendi yang terjejas hampir atau langsung tiada, menyebabkan tulang bergeser antara satu sama lain.
Osteoartritis biasanya menjejaskan pada beberapa sendi sahaja termasuklah pinggul, tangan, lutut, bahagian bawah belakang, dan leher. Semakin meningkat usia, semakin kerap osteoartritis akan berlaku. Sebelum mencecah 45 tahun, osteoartritis lebih kerap terjadi dalam kalangan lelaki. Selepas 55 tahun, osteoartritis lebih kerap terjadi dalam kalangan wanita.
Tubuh memerlukan nutrien penting untuk membina rawan yang kuat dan fleksibel supaya sendi kekal sihat. Mempunyai rawan yang kuat dan anjal adalah langkah pertama untuk sendi yang sihat.Oleh itu, dengan sokongan nutrisi yang betul, penghidap osteoartritis boleh membina semula dan menumbuhkan kembali rawan sendi yang telah haus.
Sokongan nutrisi
Glukosamin & kondroitin ialah dua sebatian nutrisi penting yang digunakan dalam rawatan osteoartritis.
Glukosamin & kondroitin merupakan komponen semula jadi dalam tisu sendi yang sihat. Ia berfungsi dengan membekalkan bahan semula jadi yang diperlukan oleh rawan untuk memperbaiki dan membina semula sendi secara semula jadi. Selain itu, ia turut mengawal enzim semula jadi yang menyebabkan rawan rosak sejak dari awal.
Fakta ringkas:
- Glukosamin merupakan komponen semula jadi yang dijumpai di dalam tisu rawan yang sihat. Ia merupakan bahan semula jadi yang terdapat dalam glikosaminoglikan pada matriks rawan dan cecair sinovium. Ia membantu dalam pembentukan dan pembaikan rawan sendi.
- Kondroitin merupakan glikosaminoglikan yang paling banyak ditemui dalam rawan, dan ia berfungsi memberikan ketahanan serta keanjalan pada rawan. Kondroitin berperanan seperti ‘magnet air’. Dengan mengekalkan air, ia membantu rawan menjadi lebih kukuh serta embolehkannya berfungsi sebagai ‘penyerap hentakan’.
Pengambilan suplemen Glukosamin & kondroitin dapat melegakan sakit sendi, membina semula rawan, meningkatkan kelenturan, melincirkan sendi, menyokong tisu penghubung yang sihat, dan mengurangkan kekakuan sendi.
Kajian terkini mendapati bahawa suplemen gabungan Glukosamin & kondroitin dua-dalam-satu jauh lebih berkesan untuk merawat osteoartritis tahap sederhana hingga teruk, berbanding ubat anti-radang yang kuat (celecoxib), atau berbanding pengambilan glukosamin atau kondroitin secara berasingan.
Sebatian sulfur
MSM (Methylsulfonylmethane), sebatian sulfur semulajadi dengan banyak manfaat kesihatan, digunakan secara meluas bersama-sama dengan Glukosamin & kondroitin untuk melegakan sakit sendi yang berkesan. Banyak negara maju di seluruh dunia seperti AS, UK, Eropah, Australia, dan lain-lain kerap memerhatikan hasil yang sangat positif dalam rawatan osteoarthritis apabila suplemen MSM oral ditambah kepada terapi pemakanan Glukosamin & kondroitin.
MSM terdapat dalam diet normal manusia dan hampir semua haiwan lain. . Ia terdiri daripada 34% sulfur, iaitu mineral keempat paling banyak dalam tubuh manusia. Sulfur amat penting untuk membina struktur setiap sel dalam badan. Ia juga diperlukan untuk kekuatan rawan sendi serta tisu penghubung seperti kulit, rambut dan kuku.
Banyak asid amino, iaitu bahan asas pembentukan protein, sebenarnya mengandungi sulfur. Hormon, enzim, antibodi dan antioksidan semuanya bergantung padanya. Disebabkan tubuh menggunakannya setiap hari, sulfur perlu sentiasa ditambah semula untuk memastikan pemakanan dan kesihatan yang terbaik.
Arthritis Foundation of America mencadangkan pengambilan MSM bermula dengan dos rendah 500mg dua kali sehari, kemudian dinaikkan secara berperingkat sehingga 1,000mg dua kali sehari.
Tips Gaya Hidup untuk Penghidap Osteoartritis
- Aktiviti fizikal membantu sendi kekal fleksibel dan otot menjadi lebih kuat.
- Pengawalan berat badan penting untuk pencegahan serta memperlahankan perkembangan osteoartritis yang menjejaskan sendi yang menampung berat badan (lutut dan pinggul) serta bahagian belakang bawah.
- Penurunan berat badan sebanyak 15 paun sahaja boleh mengurangkan sakit lutut bagi individu yang berlebihan berat badan dan menghidap artritis.
