Lutein dan Zeaxanthin adalah nutrien semula jadi berpigmen kuning yang tergolong dalam keluarga karotenoid. Karotenoid ialah pigmen berwarna merah, kuning dan jingga yang terdapat dalam buah dan sayuran kuning-jingga, sayuran berdaun hijau gelap, serta jagung.
Namun, Lutein dan Zeaxanthin bukan sekadar memberi warna menarik kepada tumbuhan. Kedua-dua sebatian ini membentuk pigmen makula dan ditemui dalam jumlah yang banyak di kanta dan retina mata kita. Di sini, ia berfungsi sebagai antioksidan yang berpotensi membantu melindungi mata dengan menapis cahaya biru bertenaga tinggi. Dengan menapis cahaya biru, pigmen ini membantu melindungi lapisan sel di bawahnya daripada kerosakan akibat cahaya.
Banyak kajian menunjukkan bahawa Lutein dan Zeaxanthin dapat mengurangkan risiko penyakit mata kronik, termasuk degenerasi makula berkaitan usia (AMD) dan katarak. Kekerapan AMD dan katarak semakin meningkat. Di seluruh dunia, lebih daripada 25 juta orang terjejas oleh AMD dan katarak berkaitan usia. AMD merupakan punca utama buta bagi individu berumur lebih 55 tahun di dunia Barat, dan jumlah kes dijangka tiga kali ganda menjelang 2025.
Menambah Lutein and Zeaxanthin ke dalam diet anda
Kedua-dua Lutein dan Zeaxanthin hanya dapat melindungi mata kita jika kita memperoleh jumlah yang mencukupi melalui diet harian. Kajian menunjukkan bahawa diet yang mengandungi jumlah Lutein dan Zeaxanthin yang mencukupi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu melindungi mata daripada kerosakan dengan pelbagai cara, termasuk berpotensi mencegah penyakit mata seperti degenerasi makula dan katarak.
Kajian juga menunjukkan bahawa kurang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan Lutein dan Zeaxanthin dalam diet boleh meningkatkan risiko seseorang mengalami degenerasi makula dan katarak.
Tubuh manusia tidak menghasilkan Lutein atau Zeaxanthin, oleh itu penting untuk memasukkan kedua-duanya dalam diet harian. Sumber makanan yang kaya dengan Lutein dan Zeaxanthin termasuk: bayam, sawi, kubis kerinting, brokoli, kacang hijau, kobis, lobak merah, lada hijau, labu, zucchini, tomato, beri goji, tembikai, tembikai madu, kiwi, mangga, pic, aprikot, limau mandarin, jagung, dan kuning telur.
Salah satu sumber Lutein dan Zeaxanthin ialah bunga marigold.
Lutein and Zeaxanthin dalam mata
Daripada lebih 600 pigmen tumbuhan yang dikenali sebagai karotenoid di alam semula jadi, hanya dua karotenoid, iaitu, Zeaxanthin dan Lutein, yang secara selektif terkumpul dalam retina, makula dan kanta mata. Zeaxanthin ialah komponen dominan di tengah makula, manakala Lutein mendominasi di tepi luar makula.
Mata bersifat selektif dan secara semula jadi menempatkan Zeaxanthin di tengah makula, iaitu kawasan paling kritikal untuk penglihatan pusat dan yang paling memerlukan perlindungan..
Terkumpul di dalam kanta dan retina, kedua-dua karotenoid ini memainkan dua fungsi utama:
- Melindungi mata daripada sinaran ultraviolet (UV) berbahaya. Bertindak sebagai penapis untuk menyekat cahaya biru-UV yang berbahaya, Lutein dan Zeaxanthin membantu mengurangkan risiko degenerasi makula berkaitan usia (AMD) dan katarak.
- Bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi kanta, retina dan makula daripada kerosakan radikal bebas akibat pendedahan kepada cahaya matahari, skrin komputer, dan bentuk cahaya berbahaya lain.
Kedua-dua Lutein dan Zeaxanthin menyerap bahagian spektrum cahaya yang paling bertenaga tinggi dan merosakkan (cahaya biru ultraviolet). Penyerapan spektrum cahaya bertenaga tinggi ini amat penting untuk melindungi kanta, retina dan makula. Cahaya biru bertenaga tinggi juga menghasilkan radikal bebas yang boleh merosakkan tisu mata.e.
Memperoleh jumlah Lutein dan zeaxanthin yang mencukupi, terutamanya Zeaxanthin melalui makanan boleh menjadi sukar kerana ia memerlukan banyak hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. (Nota: Zeaxanthin 10 hingga 20 kali lebih kurang daripada Lutein dalam diet biasa.)
Pilihan lain ialah mengambil supplement Lutein dan Zeaxanthin yang pekat daripada ekstrak bunga marigold yang distandard. Pastikan suplemen mata mengandungi sekurang-kurangnya 6mg Lutein yang distandard, tetapi 10mg lebih digalakkan. Banyak suplemen Lutein dan Zeaxanthin hanya mengandungi jumlah Zeaxanthin yang sedikit – dalam mikrogram (mcg), sedangkan kajian menunjukkan Zeaxanthin hanya bermanfaat apabila jumlahnya jauh lebih tinggi, contohnya sekurang-kurangnya 5mg sehari.
Untuk kemudahan dos harian, adalah lebih baik memilih formula yang mengandungi Lutein dan Zeaxanthin tinggi bagi melindungi mata daripada kesan berbahaya cahaya biru dan sinaran UV, serta membantu mencegah degenerasi makula berkaitan usia dan katarak.
