KAJIAN KLINIKAL TERKINI TENTANG OSTEOARTRITIS MENUNJUKKAN BAHAWA GLUKOSAMIN DAN KONDROITIN BERMANFAAT UNTUK KESIHATAN TULANG.
SEJAK kebelakangan ini, suplemen glukosamin & kondroitin semakin popular sehingga pihak berkuasa di Amerika Syarikat menjalankan kajian klinikal terbesar pernah dilakukan untuk menguji keberkesanannya Butiran penuh kajian ini telah diterbitkan dalam New England Medical Journal pada 23 Februari 2006.
UJIAN GAIT

Ujian GAIT digambarkan sebagai “kajian paling menyeluruh setakat ini untuk menilai kesan Glukosamine & kondroitin terhadap sakit lutut akibat osteoartritis (OA)”. Ujian GAIT menunjukkan bahawa gabungan dua suplemen ini lebih berkesan merawat sakit lutut akibat osteoartritis tahap sederhana hingga teruk berbanding Celecoxib, iaitu ubat penghalang COX-2 (ubat anti-radang).
Kajian ini dibiayai oleh National Institute of Health (NIH) – agensi persekutuan utama Amerika Syarikat yang menjalankan dan menyokong penyelidikan perubatan – yang berpusat di Bethesda, Maryland. Kajian ini berlangsung selama enam bulan dengan kawalan plasebo, melibatkan lima kumpulan rawatan secara “double-blind”, serta disertai oleh 1,583 pesakit yang mengalami simptom osteoartritis pada lutut.
Sepanjang tempoh kajian, setiap hari pesakit diberi sama ada glukosamina (1500mg); kondroitin (1200mg); gabungan glukosamina & kondroitin; Celecoxib (200mg); atau plasebo (ubat tiruan).
Hasil kajian GAIT membuktikan bahawa pengambilan gabungan Glukosamin & kondroitin adalah lebih berkesan berbanding Celecoxib dalam kalangan pesakit dengan osteoartritis lutut taha sederhana hingga teruk..
SOKONGAN PEMAKANAN
Kebanyakan orang yang menghidap osteoartritis (OA) tidak memberi nutrisi yang cukup kepada rawan sendi mereka Tubuh memerlukan nutrien penting seperti glukosamin & kondroitin untuk membina rawan yang kuat dan fleksibel. Rawan yang sihat dan anjal adalah langkah pertama ke arah sendi yang sihat.
Glukosamin & kondroitin sulfat merupakan sebatian semula jadi dalam tubuh manusia, tetapi penghasilannya berkurang apabila kita semakin berusia. Kekurangan Glukosamin & kondroitin boleh menjejaskan kecekapan pembinaan semula rawan, malah melambatkan proses pemulihan rawan serta tisu penyambung lain.
Dos harian yang digunakan dalam ujian GAIT ialah 1500mg glukosamina bersama 1200mg kondroitin. Namun, lima ujian klinikal bereputasi lain menunjukkan bahawa pengambilan 800mg kondroitin memberikan keberkesanan yang sama dengan 1200mg untuk melegakan sakit serta meningkatkan pergerakan sendi.
Supplemen dengan Glukosamin & kondroitin membantu untuk:
- Membina dan membaiki rawan
- Melindungi rawan sedia ada daripada rosak terlalu awal
- Memberi pelinciran pada sendi
- Mengurangkan sakit dan kekakuan sendi
- Melambatkan perkembangan osteoartritis (OA)
- Memudakan pergerakan
Dalam pemilihan suplemen kesihatan sendi, adalah wajar untuk memilih formula gabungan yang seimbang – contohnya 375mg

glukosamin bebas sodium bersama 200mg kondroitin. Dengan mengambil 2 kapsul, dua kali sehari, anda akan mendapat jumlah 1500mg glukosamina dan 800mg kondroitin setiap hari.
Pengambilan garam mempunyai kesan langsung terhadap tekanan darah. Oleh itu, glukosamina bebas sodium lebih menjadi pilihan dalam kalangan individu yang mengambil berat tentang tekanan darah tinggi, kerana ia diproses dengan kalium klorida dan bukannya natrium klorida (garam biasa).
Perlu diingat bahawa kajian tersebut menggunakan glukosamina hidroklorida dan bukannya glukosamina sulfat, iaitu bentuk glukosamina yang lebih biasa digunakan dalam suplemen pemakanan. Peserta kajian hanya menerima glukosamina hidroklorida, tanpa memperoleh manfaat perlindungan sendi yang diberikan oleh sebatian sulfur dalam bahagian “sulfat” pada glukosamina. Kesan anti-artritis sulfur telah terbukti dengan baik dalam banyak kajian.
