Kaedah semula jadi untuk membantu melegakan tenda-tanda osteoartritis.
Kebelakangan ini, ramai ibu-ibu kembali bekerja selepas melahirkan anak, dan ramai ibu bapa bergantung kepada ibu bapa mereka sendiri untuk membantu menjaga anak-anak.
Oleh itu, semakin ramai warga emas terpaksa membantu anak-anak mereka dengan menjaga cucu. Ramai ibu bapa menyatakan bahawa ibu bapa mereka sendiri adalah pilihan utama dalam penjagaan anak kerana mereka paling dipercayai.
Walaupun kebanyakan datuk dan nenek amat menyayangi cucu mereka, hakikatnya menjaga cucu bukan mudah, terutamanya bagi mereka yang mengalami sakit dan masalah sendi.
Jika anda pernah mendengar mereka mengadu “aduh!” ketika menaiki tangga, semasa bermain dengan anak-anak anda, atau mengadu kekakuan ketika cuba membengkokkan atau meluruskan lutut, mungkin itu tanda mereka ada masalah osteoartritis.
Keadaan ini berlaku apabila tulang rawan dalam sendi mula rosak. Tulang rawan berfungsi sebagai pelapik pada hujung tulang dan membolehkan pergerakan sendi berlaku dengan lancar.
Tulang rawan dalam sendi amat penting kerana ia membolehkan sendi bergerak dengan lancar serta membantu mengurangkan geseran antara tulang. Namun, apabila seseorang menghampiri usia pertengahan, proses pertumbuhan semula tulang rawan tidak lagi mampu menampung kadar kehausan dan kerosakan yang berlaku.
Apabila tulang rawan sendi semakin haus, ia akan menyebabkan kesakitan, keradangan dan bengkak – keadaan ini dikenali sebagai osteoartritis..
Terdapat beberapa cara mudah yang boleh mengurangkan tekanan pada sendi serta mengurangkan tahap keterukan osteoartritis termasuklah:
– Kurangkan berat badan supaya lutut tak terlalu terbeban.
Kajian terbaru mendapati, setiap satu paun penurunan berat badan, terdapat pengurangan sebanyak empat paun tekanan pada sendi lutut dalam kalangan individu berlebihan berat badan yang menghidap osteoartritis. Pengurangan beban ni memang beri kesan besar pada tahap kesihatan lutut dan boleh lambatkan progres osteoartritis
– Bersenam secara konsisten dan terus aktif. Langkah ini membantu mengekalkan fungsi sendi, namun adalah penting untuk tidak memberi tekanan berlebihan pada sendi. – Mengambil suplemen nutrien untuk kesihatan sendi. Langkah ini membantu pertumbuhan semula tulang rawan serta menguatkan tulang rawan yang telah haus.
Ramai antara kita sudah maklum tentang peranan glukosamin dan kondroitin dalam membantu melegakan sakit sendi.
Glukosamin dan kondroitin terdapat secara semula jadi dalam tubuh, dan ia berfungsi untuk membekalkan bahan asas semula jadi yang diperlukan oleh tulang rawan untuk membaiki dan membina semula dirinya.
Kedua-duanya juga berfungsi menghalang enzim semula jadi yang menyebabkan pemecahan tulang rawan.
Selain glukosamin dan kondroitin, kajian mendapati bahawa sejenis sulfur semula jadi yang terdapat dalam tisu, iaitu MSM, juga boleh memberi manfaat dalam mengurangkan sakit sendi.
MSM membekalkan sulfur kepada tubuh dalam bentuk yang mudah digunakan bagi membantu menguatkan tisu penyambung sendi.
Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Australia, sering melaporkan hasil positif dalam rawatan osteoartritis apabila suplemen oral MSM digabungkan bersama terapi nutrisi glukosamin dan kondroitin.
Kajian juga mendapati bahawa MSM membantu untuk mengurangkan kekakuan dan bengkak, sekali gus meningkatkan kelenturan pergerakan.
Jadi, sekiranya anda hanya mengambil glukosamin dan kondroitin, anda mungkin terlepas manfaat tambahan yang boleh diberikan oleh MSM.
Kombinasi ketiga-tiga ini telah banyak dipasaran dan Arthritis Foundation of America mencadangkan pengambilan MSM bermula dengan dos rendah 500mg dua kali sehari, kemudian dinaikkan secara berperingkat sehingga 1,000mg dua kali sehari.
Selepas mula mengambil MSM, sedikit masa diperlukan untuk kesan positif dilihat.
