Hentikan Kesakitan Itu

PERINGATAN AGAR KITA SEMUA MENGAMBIL LANGKAH SEBAIK MUNGKIN UNTUK MELINDUNGI DIRI DARIPADA KESAN OSTEOARTRITIS.
ostc msm cartilage Livewell2u

ARTIKEL ini ditulis sempena Hari Artritis Sedunia 2025, yang disambut pada bulan Oktober. Jutaan orang dewasa yang mengalami osteoartritis hanya mengharapkan perkara-perkara mudah yang kita sendiri sering anggap remeh – seperti bermain dengan cucu, menari, makan di luar bersama keluarga, atau berkebun.

Osteoartritis, juga dikenali sebagai osteoarthroses atau penyakit sendi degeneratif, merupakan satu bentuk artritis yang paling sering berlaku Perkataan ‘osteo’ berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud tulang.

Osteoartritis ialah keadaan yang kronik. Malah, ia akan menjadi semakin teruk dari semasa ke semasa sekiranya perkembangannya tidak dihentikan.

Dalam bahasa mudahnya, ia merupakan kesan kehilangan tisu rawan di antara tulang dan sendi. Apabila lapisan pelindung semakin menipis, pergerakan menjadi semakin sukar dan menyakitkan, sehinggalah rawan di sendi yang terjejas hampir atau langsung tiada, menyebabkan tulang bergeser antara satu sama lain.

Sendi juga mungkin menghasilkan bunyi berkeriut. Sakit and kekakuan ini menjadi ciri utama osteoartritis yang sudah berada di tahap serius. Sebaliknya, rawan yang sihat adalah sangat kuat dan fleksibel, serta membolehkan sendi untuk bergerak dengan lancar dan tanpa rasa sakit. Osteoartritis biasanya menjejaskan pada beberapa sendi sahaja termasuklah pinggul, tangan, lutut, bahagian bawah belakang, dan leher. Semakin meningkat usia, semakin kerap osteoartritis akan berlaku. Sebelum mencecah 45 tahun, osteoartritis lebih kerap terjadi dalam kalangan lelaki. Selepas 55 tahun, osteoartritis lebih kerap terjadi dalam kalangan wanita.

Sakit dan ketidakselesaan osteoartritis pastinya bukan sesuatu yang kita inginkan. Namun, ketika usia bertambah, sakit ini boleh menjadi sebahagian daripada hidup seharian jika kita tidak mencari cara untuk mengurangkan ketidakselesaan dan melambatkan perkembangan penyakit.

Secara umum, penghidap osteoartritis perlu melakukan perkara berikut.

  • Bersenam secara berkala mengekalkan sendi yang fleksibel dan mengekalkan atau meningkatkan kekuatan otot.
  • Menurunkan berat badab sebanyak 15 paun (6.8kg) sahaja boleh mengurangkan sakit lutut sehingga separuh. Penurunan berat badan yang kecil mampu memberi kesan besar dalam mengurangkan simptom osteoartritis lutut.

Tambahan pula, terdapat beberapa suplemen pemakanan yang boleh membantu melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada sendi.

Glukosamin merupakan komponen semula jadi yang dijumpai di dalam tisu rawan yang sihat. Ia adalah bahan semula jadi yang terdapat dalam glikosaminoglikan pada matriks rawan dan juga dalam cecair sinovium di sendi. Ia merupakan molekul yang digunakan untuk pembentukan dan membaiki tisu rawan.

Kondroitin merupakan glikosaminoglikan yang paling banyak ditemui dalam rawan, dan ia berfungsi memberikan ketahanan serta keanjalan pada rawan. Kondroitin berperanan seperti ‘magnet air’. Dengan mengekalkan air, ia membantu rawan menjadi lebih kukuh serta membolehkannya berfungsi sebagai ‘penyerap hentakan’.

Supplemen dengan Glukosamin & hondroitin membantu untuk:

  • Melegakan sakit sendi
  • Membantu membina semula rawan
  • Meningkatkan kelenturan
  • Melincirkan sendi
  • Menggalakkan tisu penghubung yang sihat
  • Mengurangkan kekakuan

Kajian terkini mendapati bahawa suplemen gabungan Glukosamin & kondroitin dua-dalam-satu jauh lebih berkesan untuk merawat osteoartritis tahap sederhana hingga teruk, berbanding ubat anti-radang yang kuat, atau berbanding pengambilan glukosamin atau kondroitin secara berasingan.

MSM (methylsulfonylmethane), sebatian sulfur semula jadi dengan banyak manfaat kesihatan, digunakan secara meluas bersama Glukosamin dan Kondroitin untuk melegakan sakit sendi dengan lebih berkesan.

Di banyak negara seperti Amerika Syarikat, UK, Eropah, Australia, dan lain-lain, penambahan suplemen MSM bersama Glukosamin dan Kondroitin terbukti memberikan hasil yang sangat positif dalam merawat osteoartritis.

MSM terdapat dalam diet normal manusia dan hampir semua haiwan lain. Ia terdiri daripada 34% sulfur, iaitu mineral keempat paling banyak dalam tubuh manusia Sulfur amat penting untuk membina struktur setiap sel dalam badan. Ia juga diperlukan untuk kekuatan rawan sendi serta tisu penghubung seperti kulit, rambut dan kuku.

Banyak asid amino, iaitu bahan asas pembentukan protein, sebenarnya mengandungi sulfur. Hormon, enzim, antibodi dan antioksidan semuanya bergantung padanya. Disebabkan tubuh menggunakannya setiap hari, sulfur perlu sentiasa ditambah semula untuk memastikan pemakanan dan kesihatan yang terbaik.

Arthritis Foundation of America mencadangkan pengambilan MSM bermula dengan dos rendah 500mg dua kali sehari, kemudian dinaikkan secara berperingkat sehingga 1,000mg dua kali sehari.

Bersama dengan senaman berkala dan pemakanan sihat, bahan semula jadi yang membantu membina semula sendi ini dapat membantu mengawal osteoartritis dan sekaligus membolehkan anda kembali menikmati aktiviti harian yang sebelum ini terbatas.

Apabila memilih suplemen Glukosamin & kondroitin, pastikan anda menambah MSM untuk mendapatkan kesan terbaik pada kesihatan sendi.