Kebanyakan daripada kita jarang memberi perhatian kepada kesihatan sendi. Selalunya, kita lebih risaukan risiko penyakit jantung, kanser atau diabetes. Arthritis sering kali tidak difikirkan sehinggalah gejala awal seperti sakit atau ketidakselesaan pada sendi mula dirasai.
Hari Arthritis Sedunia disambut pada 12 Oktober 2025 dengan tema “Achieve Your Dreams”. Untuk benar-benar mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesihatan sendi, langkah pertama ialah memahami apa itu arthritis.
Hari Artritis Sedunia yang mula disambut pada tahun 1996, bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang artritis dan masalah reumatik lain di seluruh dunia.
Beribu-ribu penghidap artritis di seluruh dunia mampu menjalani hidup dengan lebih bermakna hasil daripada tindakan positif yang mereka ambil.
Pada Disember 2012, satu kajian tentang beban penyakit global mendapati bahawa masalah otot dan tulang seperti artritis dan sakit belakang memberi kesan kepada lebih 1.7 bilion orang di seluruh dunia.
Inilah menunjukkan betapa lazimnya artritis. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang artritis dan apa yang boleh kita lakukan bagi membantu sendi menghadapi keadaan yang boleh melemahkan ini.
Apa itu artritis?
Artritis secara mudahnya bermaksud keradangan pada sendi. Namun, keradangan ini juga boleh menjejaskan tendon dan ligamen di sekeliling sendi. Artritis adalah masalah yang sangat biasa, tetapi masih ramai yang kurang memahaminya.
Masalah berkaitan artritis termasuklah rasa sakit, kekakuan, keradangan serta kerosakan pada rawan sendi (tisu yang melapisi hujung tulang dan membolehkan ia bergerak antara satu sama lain) dan struktur di sekelilingnya.
Keadaan ini boleh menyebabkan sendi menjadi lemah, tidak stabil dan berubah bentuk sehingga mengganggu aktiviti harian asas seperti berjalan, memandu kereta dan menyediakan makanan.
Sebenarnya, “artritis” bukanlah satu penyakit sahaja. Ia adalah istilah umum untuk merujuk kepada sakit sendi atau penyakit sendi. Terdapat lebih daripada 100 jenis artritis dan keadaan berkaitan dengannya.
Antara bentuk artritis yang lazim ialah osteoartritis, artritis reumatoid, gout, ankylosing spondylitis serta artritis juvenil.
Bentuk yang paling lazim ialah osteoartritis. Justeru, artikel ini akan memfokuskan perbincangan secara khusus kepada osteoartritis.
Apa itu Osteoartritis?
Osteoartritis (OA) boleh berlaku disebabkan oleh faktor usia, kecederaan dan obesiti. Ia adalah keadaan yang menjejaskan sendi, di mana permukaan dalam sendi menjadi rosak sehingga pergerakan sendi tidak lagi lancar seperti sepatutnya.
Keadaan ini turut dikenali sebagai artrosis atau osteoartrosis, manakala istilah lama yang digunakan ialah penyakit sendi degeneratif atau penyakit “haus dan lusuh”. Gejala utama OA termasuklah kesakitan sendi dan kekakuan.
Apabila sendi mengalami osteoartritis, sebahagian rawan yang melapisi hujung tulang akan menjadi kasar dan menipis secara beransur-ansur, manakala tulang di bawahnya menjadi lebih tebal. Semua tisu dalam sendi juga menjadi lebih aktif daripada biasa – seakan-akan tindak balas tubuh untuk memperbaiki kerosakan yang berlaku.
Sinovium (lapisan dalam kapsul sendi yang menghasilkan cecair sinovial) boleh menebal dan menghasilkan lebih banyak cecair. Keadaan ini menyebabkan sendi membengkak.
Kapsul dan ligamen (jalur tisu yang kuat yang memegang sendi bersama) akan perlahan-lahan menebal dan mengecut.
Tulang pada bahagian pinggir sendi mengalami pertumbuhan ke luar, lalu membentuk unjuran tulang yang dikenali sebagai osteofit.
Ada kalanya, usaha badan untuk membaiki kerosakan cukup baik sehingga perubahan dalam sendi tidak menyebabkan sakit atau masalah. Namun, dalam kes osteoartritis yang teruk, rawan boleh menjadi terlalu nipis sehingga tidak lagi menutupi hujung tulang.
Tulang kemudiannya bergeseran secara langsung antara satu sama lain dan mula haus. Kehilangan rawan, haus pada tulang serta pembentukan osteofit boleh mengubah bentuk sendi, sehingga tulang terpaksa berganjak daripada kedudukan asalnya.
Mengurus kesakitan
Rawan ialah lapisan pada sendi yang melindungi hujung tulang, bertindak seperti kusyen, dan membantu sendi bergerak dengan mudah tanpa rasa sakit
Rawan dalam sendi memainkan peranan penting kerana ia membantu mengelakkan geseran antara sendi, sekali gus membolehkan sendi bergerak dengan lancar.
Biasaya, ubat tahan sakit akan diberikan untuk mengurangkan kesakitan akibat osteoartritis. Namun, ini hanya melegakan sementara sahaja. Dalam jangka panjang, sokongan pemakanan asas yang berterusan adalah lebih penting untuk membantu proses pembinaan semula rawan yag telah haus.
Antara suplemen yang terbukti bermanfaat dalam menyokong kesihatan sendi ialah glukosamin, kondroitin serta metilsulfonilmetana (MSM).
Glukosamin dan kondroitin
Glukosamin secara semula jadi terdapat dalam rawan, dan berfungsi membaiki serta merangsang pertumbuhan semula rawan baru dengan merangsang penghasilan kolagen dan glikosaminoglikan (GAGs), iaitu komponen asas pembentukan rawan.
Namun, jumlah glukosamin yang dihasilkan oleh tubuh akan berkurangan apabila usia meningkat.
Kondroitin ialah sebatian semula jadi yang terdapat dalam rawan sendi. Ia berfungsi menyerap hentakan dan membantu mengekalkan keanjalan rawan. GAG ini, yang banyak terdapat dalam rawan artikular, bertindak seperti magnet air dengan menarik cecair ke dalam tisu penyambung untuk melincirkan sendi.
MSM – Suplemen pelengkap yang efektif
Ia sebenarnya adalah bentuk sulfur semula jadi yang wujud dalam tisu badan. Ia membekalkan sulfur kepada tubuh dalam bentuk yang mudah digunakan untuk membantu menguatkan tisu penyambung pada sendi.
MSM berupaya mengurangkan ketidakselesaan serta kesakitan yang berpunca daripada osteoartritis.
Di banyak negara maju seperti Amerika Syarikat, UK, Eropah, Australia dan sebagainya, penambahan suplemen MSM bersama Glukosamina dan Kondroitin terbukti memberikan hasil yang sangat positif dalam merawat osteoartritis.
Suplemen MSM menyokong kesihatan sendi serta tisu penghubung seperti tendon, rawan, ligamen dan otot. Kajian juga mendapati MSM dapat mengurangkan kekakuan serta bengkak pada sendi, sekali gus mengurangkan rasa sakit dan meningkatkan kelenturan pergerakan.
Jadi, sekiranya anda hanya mengambil glukosamin dan kondroitin, anda mungkin terlepas manfaat tambahan yang boleh diberikan oleh MSM.
Arthritis Foundation of America mencadangkan pengambilan MSM bermula dengan dos rendah 500mg dua kali sehari, kemudian dinaikkan secara berperingkat sehingga 1,000mg dua kali sehari. Selepas mula mengambil MSM, sedikit masa diperlukan untuk kesan positif dilihat.
Terdapat pelbagai jenis suplemen sendi di pasaran, jadi bagaimana kita boleh memilih suplemen glukosamin bersama kondroitin yang sesuai untuk sendi yang sakit?
Satu kajian kepuasan pengguna yang melibatkan lebih daripada 200 orang rakyat Malaysia yang mengamalkan suplemen glukosamin bersama kondroitin yang telah diuji secara klinikal mendapati bahawa 98.2% responden melaporkan pengurangan kesakitan sendi secara signifikan, di samping peningkatan fleksibiliti dan mobiliti sendi.
Responden tidak mengambil sebarang analgesik atau ubat rawatan lain semasa menggunakan suplemen ini, namun mereka melaporkan peningkatan dalam kesihatan sendi. Penemuan ini dianggap signifikan kerana manfaat daripada pengambilan suplemen dapat dirasai seawal tempoh empat bulan.
