Sendi Yang Bermasalah

WONG, suri rumah berusia 50-an, elah mengamalkan tai chi secara berkala bersama rakan pesara jirannya, Tan, di sebuah taman berhampiran di Cheras sejak dua tahun lalu. Tidak lama selepas menyambut hari jadinya yang ke-58, Wong mula mengalami sakit di lututnya.

Lama-kelamaan, sakit sendi yang dialaminya mula mengganggu aktiviti hariannya – tugas harian yang mudah seperti berjalan atau memasak menjadi sukar terutamanya bila dia perlu berdiri di hujung jari kaki, meregang, atau mencapai kabinet dapur yang tinggi.

Seiring waktu, sakit sendinya bertambah teruk, dan sekarang dia menghadapi kesukaran bergerak – dari bersimpuh untuk berkebun hingga menaiki tangga.

Akhirnya, melakukan posisi tai chi yang paling mudah menjadi terlalu menyakitkan. Tanpa pilihan lain, Wong terpaksa berhenti menghadiri kelas tai chi-nya.

Keadaan mula bertambah baik hanya selepas Wong mendengar daripada pengamal tai chi jirannya, Master Yip, tentang kebaikan Glukosamin & kondroitin untuk mengurangkan sakit sendi.

Master Yip, seorang pengamal tai chi berusia 63 tahun, telah mengajar tai chi kepada komuniti beliau selama bertahun-tahun.

Berkaca mata dan berpakaian kemas dengan pakaian seni mempertahankan diri putih kegemarannya, dengan sedikit uban pada rambut yang disisir rapi ke belakang, beliau dikenali ramai dan amat dihormati oleh golongan muda dan tua.

Walaupun Master Yip kuat, fleksibel dan sihat untuk usianya, pada pertengahan umur 50-an, beliau pernah mengalami sakit lutut yang teruk dan sendi terasa kaku setiap kali bangun pagi atau membengkokkan lutut.

Selepas mencuba pelbagai rawatan tradisional tanpa hasil, Master Yip akhirnya menjalani imbasan sinar-X dan disahkan menghidap osteoartritis.

Kini, jenis sakit sendi yang paling kerap menyerang ramai lelaki dan wanita yang menghampiri pertengahan umur dan ke atas dikenali sebagai osteoartritis.

Keadaan yang sangat menyakitkan dan melemahkan ini boleh menjejaskan gaya hidup kita dalam pelbagai cara.

Hari ini, ramai golongan dewasa masih ingin kekal aktif dan menikmati gaya hidup aktif; daripada bermain dengan cucu, berkebun, menari barisan, hingga bermain golf, Namun, ramai tidak mampu melakukannya kerana sakit sendi akibat osteoartritis.

Aktiviti biasa bersama komuniti, seperti makan di restoran kegemaran bersama keluarga atau melawat saudara-mara, menjadi sukar apabila seseorang mengalami sakit sendi dan sendi terasa kaku.

PENYAKIT PENUAAN

Osteoartritis adalah penyakit kronik di mana rawan sendi mula rosak dan menipis. Rawan ialah lapisan pada sendi yang melindungi hujung tulang, bertindak seperti kusyen, dan membantu sendi bergerak dengan mudah tanpa rasa sakit

Kebanyakan sakit sendi berlaku akibat proses penuaan Rawan pada sendi adalah penting kerana ia memastikan sendi bergerak lancar dan mengurangkan geseran antara sendi.

Pesakit osteoartritis akan mendapati bahawa pertumbuhan semula rawan sendi mereka tidak cukup pantas untuk mengimbangi kehausan dan kerosakan yang berlaku.

Apabila rawan pada sendi haus, ia akan menyebabkan sakit, keradangan, dan bengkak.

GLUKOSAMIN & KONDROITIN

Glukosamin wujud secara semula jadi di dalam rawan dan berfungsi untuk membaiki dan merangsang pertumbuhan semula rawan baru. Namun, apabila tubuh menua, jumlah glukosamin yang dihasilkan semakin berkurang.

Kondroitin ialah bahan semula jadi yang wujud dalam rawan sendi dan bertindak seperti magnet air untuk menarik cecair bagi melincirkan sendi.

Gabungan kedua-dua bahan ini boleh membantu mengurangkan sakit sendi dan meningkatkan kelenturan sendi.

Jadi, apakah persamaan antara Master Yip dan Wong?

Kedua-duanya gemar bersenam taichi dan bebas bergerak, namun semuanya berubah apabila mereka mula mengalami sakit sendi. Mereka tidak lagi keluar membeli-belah atau makan di luar. Aktiviti melancong serta bersiar-siar juga terpaksa dihentikan.

Perbezaannya ialah Master Yip kini bebas daripada kesakitan osteoartritis, manakala Wong masih terpaksa menanggung kesakitan sendinya yang membataskan pergerakannya.

Mengikut nasihat ahli farmasi di kejiranannya, Master Yip mula mengambil suplemen Glukosamin & kondroitin yang terbukti berkesan, dua kali sehari, bagi meredakan sakit lututnya.

Selepas mengambilnya selama kira-kira tiga bulan, berserta pemakanan yang berkhasiat dan amalan taichi yang lembut secara berkala, simptomnya mula bertambah baik, dan lama-kelamaan, sakit lututnya beransur hilang.

Walaupun kini Master Yip tidak lagi mengalami sakit sendi, beliau terus mengambil dos harian Glukosamin & kondroitin untuk mengekalkan kesihatan tulang rawan sendinya dan mencegah osteoartritis yang berulang.

Sejak itu, Wong mengikut nasihat Master Yip dengan menjadikan Glukosamin & kondroitin sebagai sebahagian daripada rutin hariannya, yang turut termasuk penggunaan pad panas pada kedua-dua lututnya yang sakit dan melakukan senaman ringan. Selepas kira-kira tiga hingga empat bulan, Wong kini kembali menyertai kelas taichi Master Yip.